Header Ads

ads header

Flash News

AS$3 bilion tidak cukup untuk selesai kes 1MDB, kata menteri kewangan


KUALA LUMPUR:
Pentadbiran baru Putrajaya tidak bersedia menerima ganti rugi AS$3 bilion (RM12.8 bilion) daripada Goldman Sachs untuk menyelesaikan kes berkaitan 1MDB, menurut menteri kewangan, yang turut menolak nilai lebih tinggi daripada yang ditawarkan bank tersebut tahun lepas.

Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap Goldman Sachs dan 17 pengarah dan bekas pengarahnya kerana didakwa memberi maklumat salah kepada pelabur berhubung penjualan bon bernilai AS$6.5 bilion yang dibantu didapatkan oleh bank Amerika Syarikat sebagai dana untuk 1MDB.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang menyertai pentadbiran Putrajaya sejak 3 bulan lalu dari dunia korporat berkata, beliau sendiri sudah mengadakan perbincangan dengan wakil Goldman Sachs bulan lepas.

“Kami masih meneruskan usaha untuk mendapatkan sejumlah wang daripada Goldman Sachs dan kes perundangan masih berjalan, jadi kita harus menunggu hasilnya.

“Sekiranya AS$2 bilion, saya boleh katakan, tidak. AS$3 bilion juga tidak. Selagi jumlah itu bukannya jumlah yang kami rasa dapat kami terima, maka kami akan teruskan kes perundangan,” katanya dalam wawancara di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nilai yang boleh diterimanya. Jurucakap Goldman Sachs juga tidak membalas email segera bagi mendapatkan jawapan mereka.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada Disember lepas berkata bahawa Goldman Sachs pernah menawarkan “1 bilion lebih” dolar untuk penyelesaian di luar mahkamah atas peranannya dalam skandal 1MDB.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Goldman Sachs mendapat fi sebanyak AS$600 juta atas peranannya dengan 1MDB.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan