Header Ads

Header ADS

Sudah masanya Tun M pula berkorban kata AMK


KOTA BHARU
- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Muhd Hafiz Muhd Kasasi berkata, Dr Mahathir yang juga negarawan sudah banyak melakukan yang terbaik untuk negara, namun sudah tiba masanya untuk beliau bersama rakan seperjuangan dalam PH menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri yang kesembilan.

"Pengorbanan Tun M sangat dituntut bagi memastikan semangat setiakawan antara rakan-rakan PH dapat digarap dan mengekalkan prinsip idealisme perjuangan reformasi itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, PH perlu terus melangkah ke hadapan demi kebaikan rakyat untuk memacu negara ke arah yang lebih baik.

"Kami juga rela kembali kepada asas perjuangan, santuni aspirasi anak muda dan kekal fokus kepada isu rakyat walaupun mengambil sedikit masa," katanya.

Semalam, DAP menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir jadi PM, sementara Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke memaklumkan beberapa minggu ini PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi pilihan bagi jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Kombinasi pertama melibatkan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya manakala kombinasi kedua melibatkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara Anwar sebagai timbalannya. - SH

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Hahahaha...
    Depa ni tak habis2 bertelagah pasai calon pm... Calon pm.
    Ini lH di panggil gila kuasa. Ada kuasa tak jaga elok2. Jadi Perdana menteri letak jawatan dah hilang meroyan pulak nak jadi PM.... Adussss. Gila kita kalau ikut orang macam ini...
    Kekal merah. Tolak hitam legam...

    BalasPadam
  2. Kuasa ini suatu amanah. Bukannya utk jadi rebutan dan bukannya utk jadi kebanggaan.
    Apa dalam PH tiada lagikah org lain yg layak jadi PM?
    Mengapa perlu dua orang ini sahaja? Ketandusan pemimpin?
    Rakyat sudah muak dgn PH.
    PH sekarang sudah jadi parti kroni dan anak beranak. Mak bapak serta anak sekali bedal kerusi parlimen. Bagilah orang lain peluang. Dia saja nak bolot semua. Mana tak rosak negara kita 22 bulan memerintah.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.