Header Ads

ads header

Flash News

Tiada had bilangan pelanggan di meja, benar semua peringkat umur makan di restoran, kata Wee


PETALING JAYA:
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini memaklumkan, kerajaan Persekutuan tidak menetapkan had tertentu untuk jumlah pelanggan bagi setiap meja dan turut membenarkan semua peringkat umur menjamu selera di premis makanan atau restoran.

Wee berkata, sekiranya satu-satu meja boleh memuatkan sehingga 10 orang, maka 10 orang boleh menjamu selera di meja tersebut, dengan pelanggan mengamalkan penjarakan sosial.

“Pengusaha restoran perlulah sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, termasuk merekodkan butiran pelanggan, memeriksa suhu badan pekerja dan pelanggan, menyediakan pembersih tangan dan menjaga jarak sosial.

“Manakala jumlah maksimum perhimpunan bagi sesebuah dewan adalah sehingga 250 orang,” katanya di Facebook, hari ini.

Wee berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan wakil persatuan Ku Su Shin Choong Hung serta Persatuan Pengusaha Restoran Selangor & Wilayah Persekutuan bagi mendengar permasalahan dihadapi dalam industri penyediaan makanan dan minuman.

Menurutnya, antara isu dibangkitkan adalah mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang kurang jelas berkaitan had jumlah pelanggan yang dibenarkan menjamu selera bagi setiap meja, serta sama ada warga emas dan kanak-kanak dibenarkan memasuki premis bersama-sama.

“Kekeliruan ini mengakibatkan pelanggan berasa tidak yakin dan banyak tempahan dibatalkan, termasuk tempahan meja untuk meraikan Hari Bapa.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan amat memahami keresahan mereka. Pelanggan dari semua peringkat umur adalah dibenarkan menjamu selera di premis makanan atau restoran,” katanya. -FMT



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Wee ni menteri apa? Pengusaha restoran cina tak fahamkah penerangan yg diberikan oleh KP Kesihatan dlm bahasa melayu??

    BalasPadam
  2. menteri pengangkutan guna jarum halus nak suruh kerajaan ikut saranan dia, sebab tokey restoren 'besor' sekarang dah goyang..

    saranan memaksa.. hehehe
    haiyaa...wa sulah cakap sama itu olang semua oo itu ali... manyak soli la latok... sudah terlepas cakap maa... kasi la satu kali latok..


    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang tok sah kasi can. Kasi tempelak je orang2 cina kalau dia orang kurang ajar. Itu sebab negara jadi masalah disebabkan dia orang sekarang ni.

      Padam