Header Ads

Header ADS

Akta Hasutan: Syed Saddiq dipanggil ke Bukit Aman


Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil ke ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya dalam temu bual bersama sebuah stesen televisyen antarabangsa pada bulan Mac lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Ahli Parlimen Muar itu diminta datang di Bukit Aman pada kira-kira pukul 2.30 petang bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia,” katanya kepada Bernama.

Syed Saddiq dilihat meninggalkan Bukit Aman pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Sementara itu menerusi akaun Twitternya, Syed Saddiq mengesahkan beliau dipanggil Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan susulan temu bualnya bersama wartawan Al-Jazeera, Mehdi Hasan.

“Temu bual ini untuk siaran Al Jazeera pada 6 Mac 2020. Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis,” tulisnya.

-Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Woi sadiq, tak nak buat sidang media polis cabul kemaluan awak ke?

    BalasPadam
  2. Dia benar-benar telah melanggar titah Sultan dan memalukan Malaysia di persada antarabangsa dgn menggelarkan kerajaan sekarang Back door government.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.