Header Ads

Header ADS

Sudah-sudahlah berpolitik Datuk dan Tan Sri, kata Bront


Bront Palarae menyatakan rasa bosannya melihat kemelut politik yang belum menampakkan kesudahan ketika rakyat terbanyak berdepan kesukaran hidup seharian.

Pelakon dan penerbit filem itu berkata, semua ahli politik harus berhenti daripada menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan.

"Datuk-Datuk dan Tan Sri-Tan Sri, sudah-sudahlah berpolitik. Kami semua di bawah ni dah jelik dengan sembelit politik kalian.

"Kalian punya jongkang jongkit, kami yang tersepit. Kalian kata kalian berkorban, tapi hakikatnya kami yang terkorban," katanya.

Melalui kenyataan dibuat di akaun media sosialnya, pelakon My Stupid Boss itu turut memuat naik pautan berita mengenai kadar pengangguran yang meningkat 5 peratus pada April lalu.

Justeru, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin berkata, sudah sampai masanya rakyat mengubah cara mengundi daripada memangkah mengikut parti kepada memilih calon yang benar-benar tulus berkhidmat.

"Dah sampai masa kita ubah daripada pangkah ikut lambang ke pangkah orang yang nak berkhidmat di kawasan kita.

"Kalau parti letak salah calon, biar parti hadap kesan dari mainan politik mereka sendiri.

"Rakyat bukan boneka, rakyat bukan daun terup," ciapnya.


MR :  Artis pelakon pun benci orang politik sukan 'berlakon'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Betul cakap bront ni tapi nak senang kalau sesiapa bersekongkol je dengan dap jangan pangkah setel.

    BalasPadam
  2. Nanti dijawab Datuk dan Tan Sri ... sudah sudah lah berlakon tu ...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.