DAP Buat Anwar Dalam Dilema.. Nantikan Kena Game Dengan Atuk Lagi..
DAP hari ini mendedahkan perancangan berkenaan kebuntuan dalam "PH plus" dalam soal calon perdana menteri.
Menurut
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, beberapa minggu ini PH dan
sekutunya telah meneroka dua kombinasi pilihan bagi jawatan perdana
menteri dan timbalan perdana menteri.
Kombinasi pertama melibatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.
Bagaimanapun
ia tidak menerima sokongan daripada sekutu PH, justeru cadangan baru
dibangkitkan, iaitu menggandingkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon
perdana menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.
Menurut
Loke, ketika mesyuarat "PH plus" pada 9 Jun, kedua-dua pilihan itu
dibincangkan dengan Warisan membantah kombinasi Anwar-Mukhriz dan
Mahathir mencadangkan beliau diberi masa enam bulan untuk memimpin.
Kemudian
satu mesyuarat susulan dibuat pada 13 Jun untuk meneliti pilihan kedua
iaitu menggandingkan Mahathir bersama Anwar selepas kombinasi Anwar -
Muhkriz menemui jalan buntu.
Kata Loke, dengan
pilihan gandingan Mahathir - Anwar itu, mereka menyerahkan kepada
presiden PKR berkenaan untuk membuat keputusan sama ada menerimanya atau
tidak.
"Tarikh akhir sepatutnya semalam.
Tetapi sehingga kini kita tidak mendengar apa-apa dari Anwar secara
rasmi. Ini adalah kedudukannya sekarang," katanya.
Dengan mengambil kira perkara itu, Loke menggesa PKR agar tidak berlengah dan menyatakan pendirian berkenaan perkara itu.
Dalam
wawancara eksklusif dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri
pengangkutan itu berkata PKR sepatutnya menyatakan pendiriannya semalam
(16 Jun) tetapi setakat ini ia belum disampaikan.
Katanya, penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan itu.
"Perlu
ada hala tuju jelas berkenaan langkah ke hadapan. Tidak boleh ada
ketidakpastian...Sebaik saja kita buat keputusan, kita boleh melangkah
ke depan. Inilah pendirian DAP.
"Kami
memutuskan untuk bercakap (secara terbuka) hari ini kerana kami mahukan
keputusan. Kami mahu tarikh akhir ditepati dan tidak mahu sebarang
kepimpinan yang tidak tegas dalam PH," katanya.
Terdahulu hari ini, Anwar memohon maaf bagi pihak PH kerana belum dapat memuktamadkan calon perdana menteri.
'Warisan bantah kombinasi Anwar-Mukhriz'
Sementara
itu, Loke berkata beliau diberi kuasa oleh DAP untuk menyatakan secara
terbuka perincian rundingan dalam "PH plus" kerana tarikh akhir 13 Jun
untuk PKR sudah berlalu.
"Kini masanya untuk
meletakkan hal ini dalam perspektif. Kami tidak mahu penyokong kami
dalam keadaan terawang-awang. Perlu ada hala tuju jelas daripada
kepimpinan. Semua orang keliru dengan apa yang sedang berlaku.
"DAP
sedia untuk bercakap kerana tarikh akhir telah berlalu semalam. Kami
ada tanggungjawab untuk memaklumkan penyokong, anggota Parlimen dan ahli
berkenaan apa yang berlaku dan pendirian parti," katanya lagi.
Loke
menjelaskan bahawa DAP konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana
menteri sejak 7 Januari 2018, ketika Bersatu menyertai PH.
Pada
hari itu, penandatangan untuk keempat-empat parti menyatakan mereka
menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar akan menggantinya.
Sebaik
saja selepas "Langkah Sheraton", kata Loke, PH sekali lagi menegaskan
sokongan kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru tetapi ketua
pembangkang itu tidak dapat menarik sokongan yang mencukupi.
Susulan
itu, PH setuju untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri baru,
tetapi ia sudah terlambat memandangkan Istana Negara telah memutuskan
pada 29 Februari bahawa Muhyiddin Yassin memiliki cukup sokongan untuk
menjadi perdana menteri baru.
Selepas
pertukaran kerajaan, Loke berkata parti-parti dalam PH serta sekutu
mereka meneroka kemungkinan untuk membentuk semula kerajaan demi
memenuhi mandat pengundi.
Katanya, mengambil langkah sebaliknya merupakan suatu yang tidak bertanggungjawab.
"Bagi DAP, kami tidak boleh mengecewakan penyokong kami. Jadi kami perlu mendapatkan semula mandat rakyat.
"Kami tidak akan kata kami sedia untuk kekal sebagai pembangkang kerana rakyat mengundi PH untuk menjadi kerajaan.
"Mandat kami telah diambil, maka kami perlu cuba yang terbaik untuk mendapatkannya semula," katanya lagi.
Ketika
peringkat awal perbincangan, Loke berkata PH telah mencadangkan
kombinasi Anwar-Mukhriz tetapi Warisan tidak setuju dan maka kombinasi
Mahathir-Anwar dibangkitkan.
Beliau berkata
Warisan tegas mahu Mahathir memimpin kerana parti itu percaya beliau
mampu mendapat jumlah sokongan yang diperlukan untuk membentuk majoriti.
Mahathir juga mencadangkan beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebelum menyerahkannya kepada Anwar.
"Bagi
kami, dua pilihan telah pun dibincangkan oleh PH, dan pendirian
alternatif (fallback position) kami adalah untuk Mahathir memimpin dan
kemudian Anwar mengambil alih selepas satu sela masa.
"Selepas
keputusan itu, kami memutuskan bahawa kini terpulang kepada Anwar sama
ada beliau setuju atau tidak. Tarikh akhir sepatutnya semalam. Setakat
ini kami belum mendengar apa-apa keputusan daripadanya," katanya lagi.
# sumber
# sumber
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
macam lah rakyat Malaysia peduli dengan siapa yg nak jadi PM dah..
BalasPadamPM dah ada ... focus yang ada ni dulu sebelum nak fikir pasal PM baru.
Berebut jawatan sampai ke mampos la dua org tua ni... dua-dua tak leh pakai.
Lepas kencing puas2 ke rakyat sekarang mereka kencing antara satu sama lain. Puak2 ni elok masuk ke dalam zoo lagi bagus.
BalasPadamDSAI kembali lah ke jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh Allah. Pangillan diri sebagai Demokratik Muslim itu tidak manis. Tengok sendiri demokrasi ni macam mana, Dengan kelebihan 2 undi saja semua akan bertukar. Orang yang mempunyai kelebian akan mmerintah, pendapat kumpulan yang sedikit akan dicampak kelongkang pendapat mereka. Cara Islam adala Syura, perjuangkan lah Islam hentikan lah Demokrasi satu sistem pemerintahan yang zalim
BalasPadam"Mandat kami telah diambil, maka kami perlu cuba yang terbaik untuk mendapatkannya semula". Dapat mandat dengan cara menipu, memfitnah, niat tak baik...kita tengok PRU akan datang...dapat ke tidak mandat tu dari rakyat. Soalan...LKS, lu mana lahir...lu mana mari????itu pun tak boleh jawab, cerita mandat...pigi dah!!!!!
BalasPadamKebodohan apa analogi loke dogpig...menyebut rakyat beri mandat kepada kami ph untuk jadi kerajaan..jika macam tu,rakyat juga beri mandat kepada gps,pas,bn untuk tujuan apa? untuk jadi pembangkangkah?...Adakah kerajaan Kelantan,Terengganu,Sarawak,Pahang dan Perlis di bentuk bukan hasil mandat rakyat juga?..Kononnya hanya ph yang dapat mandat rakyat..jika ph sudah kehilangan majoriti...mandat tahi apa lagi yang ph ada!
PadamPenyamun cerita Nujum Pak Belalang sedang berkongsi harta dalam gua. "Kamu satu aku satu kamu dua aku dua kamu tiga aku lima, mana adil biar aku pulak bahagikan". Memang sama apa yang P.Ramlee lakonkan jalan cerita dengan ratib WE HAVE THE NOMBOR yang belum dapat kuasa tapi dah bergolak kuat tentang jawatan PM.
BalasPadam