Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin mohon batal saman Mahathir cabar pelucutan keahlian PPBM


KUALA LUMPUR:
Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan 2 lagi memohon untuk membatalkan saman Dr Mahathir Mohamad dan 5 individu lain mencabar pemberhentian keahlian mereka.

Peguam mereka, Rosli Dahlan berkata mereka memohon untuk membatalkan tuntutan yang menurut mereka semberono, menyakitkan hati, dan menyalahguna proses mahkamah.

Beliau menambah pihak pembelaan hanya menerima salinan tuntutan dan permohonan injunksi itu semalam.

“Pihak pembelaan tidak perlu memfailkan kenyataan pembelaan sementara menunggu permohonan pembatalan kami ini dibicarakan, serta permohonan Mahathir yang memohon injunksi pada 9 Julai,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi selepas sebutan kes hari ini.

Beliau berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, yang diwakili peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambali, juga akan memohon membatalkan tuntutan itu.

Setakat hari ini, katanya, mahkamah belum mengenakan injunksi atau perintah injunksi sementara terhadap mereka.

“Masih status quo setakat hari ini, iaitu mereka bukan ahli parti kerana tindakan sendiri yang mencetuskan Perkara 10.2.2, 10.2.3, dan 10.2.6 perlembagaan PPBM.”

Menurut peruntukan itu, katanya, seseorang itu bukan lagi ahli PPBM jika mereka menyertai parti politik lain, keluar parti, atau memfailkan tindakan undang-undang terhadap parti di mahkamah.

Peguam Mahathir dan 5 individu lain, Haniff Khatri Abdullah berkata mereka memohon injunksi sementara sementara menunggu perbicaraan pada Julai. Bagaimanapun, permohonan itu ditolak Hakim Mahkamah Tinggi, Rohani Ismail.

“Memandangkan ini permohonan injunksi yang penting, mahkamah membenarkan defendan memfailkan afidavit dan penghujahan mereka,” katanya.

Dalam penyata tuntutan mereka, Mahathir, anaknya Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah, dan Marzuki Yahya berkata keputusan untuk memberhentikan keahlian mereka tidak sah kerana Setiausaha Kerja Muhammad Suhaimi Yahya tiada kuasa untuk menyingkir mereka dari PPBM.

Beliau juga berkata kedudukan Suhaimi itu tidak diiktiraf perlembagaan parti.

Mereka juga mempertikaikan penggunaan Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 terhadap mereka, mengatakan peruntukan itu hanya menyatakan keahlian terlucut jika ahli berkenaan menyertai parti politik lain atau keluar PPBM.

Mereka berenam mahu keahlian mereka dikembalikan serta membatalkan keahlian Muhyiddin, Suhaimi, dan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin atas alasan mereka menyertai Perikatan Nasional. -FMT

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan