Header Ads

ads header

Flash News

111 undi tukar speaker, 109 tolak usul, seorang tak hadir

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, yang diperoleh menerusi undian secara belah bahagi.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon memaklumkan seramai 111 Ahli Parlimen menyokong, sementara 109 Ahli Parlimen lagi tidak menyokong, seorang Ahli Parlimen tidak hadir.

Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Joniti Ongkili tidak hadir.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, membentangkan usul itu sebelum dibahaskan kira satu jam 10 minit oleh empat Ahli Parlimen, masing-masing mewakili kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan ketika sesi penggulungan menegaskan usul yang dibawa Muhyiddin supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, usul itu juga tidak cacat dan ia diterima oleh Mohamad Ariff sendiri pada 29 Jun lalu, mencakupi tempoh masa 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

"Saya ingin memaklumkan bahawa usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Parlimen.

"Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya.

"Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat sahaja kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Tolong senaraikan ahli parlimen 109 ekor tu.

    BalasPadam
  2. OOoppps...kami dah ada nombor EKOR KEPALA 109+1=130 MP untuk gayang PN.PAKAR2 nombor ini patut dirujuk pada RAFIZI RAMLI dan apek LGE.

    BalasPadam
  3. Nilai 111 ini mengesahkan jgn ada mimpi ph nk buat usul undi tak percaya kpd pm

    BalasPadam
  4. 111 pun sbb MP Batu Pahat kena jadi interim Yang Dipertua dewan rakyat, jd take boleh mengundi. MP Kota Marudu masuk hospital. Kalau tak, 113.

    BalasPadam