Header Ads

ads header

Flash News

Adakah Anwar Terlibat Menyingkir Shafie Apdal di Sabah?


YB Musa Bin Haji Aman dalam kenyataan semalam ada menyatakan yang dia berjumpa dengan Menteri Keselamatan dalam Negeri  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM dan mereka ini telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri  YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Setiausaha Agung Bersatu ini, si Hamzah Zainudin mengakui ada bertemu dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim baru-baru ini, mengikut laporan Bernama. Mengikut kenyataannya dia berkata perkara yang dibincangkan adalah perkara peribadi yang tidak perlu dihebahkan kepada umum. Pada 19 Jun lalu, Ketua Whip PKR, Johari Abdul mengesahkan bahawa Anwar sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa pemimpin di "blok sebelah” mengikut laporan yang sama.

Selepas Mahathir dapat disingkirkan oleh Anwar Ibrahim. Masalah besar berlaku ialah Shafie Apdal dicalonkan sebagai PM bagi PH dan ini adalah sokongan sebulat suara oleh DAP dan AMANAH. Ancaman ini sangat berat bagi Anwar. Dahlah dia tua, masa pun tak banyak... umurnya takkan panjang macam Mahathir. Jadi dia kena singkir Shafie.

PKR Sabah Tak setuju Shafie calon PM

Usaha menjadikan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri pembangkang dan bukannya Presiden PKR Anwar Ibrahim menyebabkan kedua-dua parti itu berselisih, kata Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin.

Beliau mendakwa kebanyakan ahli PKR di Sabah menyokong Anwar sebagai perdana menteri. Ini membuatkan PKR membuat perancangan menyinkir Shafie.

Ya..Untuk lakonan, Anwar begitu cepat memberikan respon dengan kenyataan TS Musa Aman.

Kata Presiden PKR itu, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pimpinan dari partinya di Sabah yang cuba berpaling tadah selepas perkara itu disahkan.

Dia pun berkata berkata beliau mengikuti perkembangan terbaru politik di Sabah dan menegaskan sokongan PKR dan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan pimpinan Warisan dan Ketua Menterinya, Mohd Shafie Apdal.

"Kita prihatin dan pendirian Keadilan dan Pakatan Harapan masih menyokong kerajaan Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie. Kita sedang ikuti perkembangan.."

"Kalau sah esok, kita akan mengambil tindakan. Kita tidak izinkan,” katanya kepada wartawan di Melaka hari ini, berdasarkan rakaman audio.

BOLEH PERCAYA KE ANWAR INI?
DIA TAK KURANG BELIT MACAM MAHATHIR

Nasir Ramlee

MR :  Ada logik juga  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan