Al Jazeera akan dipanggil polis
PUTRAJAYA: Media antarabangsa, Al Jazeera akan dipanggil polis untuk disoal selepas laporan diterima berkaitan berita mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani wabak Covid-19.
“Kita akan tengok dari sudut mana dalam undang-undang selepas dia menjawab soalan,” kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador pada pemberita hari ini.
Beliau berkata siasatan ini bagi memastikan sama ada terdapat unsur hasutan atau salah laku undang-undang, termasuk mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Pada Jumaat, saluran berita Al Jazeera menyiarkan episod “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” di program 101 East.
Video 25 minit itu menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap mereka yang tidak memiliki dokumen yang sah.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan