Header Ads

ads header

Flash News

Al Jazeera tiada lesen pengeluaran filem, tiada permohonan penggambaran dokumentari, kata Finas


PETALING JAYA:
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, Al Jazeera International (M) Sdn. Bhd tidak mempunyai lesen pengeluaran filem dan tiada permohonan surat perakuan penggambaran dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi Korporat Finas berkata, perkara itu didapati berdasarkan siasatan awalnya.

“Finas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan terhadap Al Jazeera (M) International Sdn. Bhd di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013).

“Ini kerana ia menjalankan aktiviti perfileman, iaitu aktiviti pengeluaran filem dokumentari tanpa lesen yang sah dari Finas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata, ia sedang menyemak sama ada dokumentari kontroversi “Locked Up In Malaysia’s Lockdown” terbitan agensi media antarabangsa itu mendapat lesen Finas sebelum ia dterbitkan.

Menterinya Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana antara syarat penghasilan setiap filem dan dokumentari di negara ini ialah syarikat atau produksi yang terlibat perlu mendapat izin daripada Finas.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani penularan Covid-19.

Polis dilaporkan memanggil pengendali Al Jazeera serta wartawan yang terlibat dalam penerbitan dokumentari itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan yang dibuat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, selain Akta Komunikasi dan Multimedia. - FMT

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. ...sedangkan Utusan Malaysia boleh kasi tutup, takan Al Jazeera tsk boleh??!!

    BalasPadam