Header Ads

ads header

Flash News

Anwar tak setuju cadangan pilihan raya di Sabah


PETALING JAYA:
Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan pilihan raya negeri di Sabah, susulan dakwaan bekas ketua menteri, Musa Aman mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, penularan pandemik Covid-19 di dalam negara belum berakhir.

“Pilihan raya dalam keadaan Covid-19 dan sekatan ini masalah kita.

“Itu saya keberatan, kalau ada pilihan raya, jentera kita mesti dipersiapkan,” katanya selepas menemui pemimpin dan ahli PKR di Melaka malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kewajaran pilihan raya umum dipercepatkan susulan pengumuman Musa mendapat sokongan mencukupi daripada Adun Warisan, PKR, PPBM dan Umno Sabah.

Musa berkata, beliau akan menemui gabenor Sabah untuk menyerahkan akuan berkanun daripada Adun yang menyokongnya.

Katanya, gabungan baru diketuainya akan merangkumi wakil rakyat daripada Umno Sabah, PPBM, STAR, PBS dan Adun PKR, DAP, Warisan serta Upko.

Susulan itu, Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking menggesa pilihan raya negeri diadakan di Sabah kerana tindakan Adun Warisan menyokong Musa ialah “pengkhianatan besar kepada mandat yang diberikan rakyat Sabah sejak 2 tahun lalu”.

# FMT

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan