Duta Filipina akan dipanggil selepas tweet berkait Sabah, kata Hishammuddin
PETALING JAYA: Kementerian Luar akan memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C Jose untuk menjelaskan tweet Setiausaha Setiausaha Hal Ehwal Luarnya, Teodoro Locsin Jr yang mendakwa “Sabah is not in Malaysia”.
“Ini kenyataan tidak bertanggungjawab yang menjejaskan hubungan dua hala,” tulis Menteri Luar, Hishammuddin Hussein di Twitternya malam tadi.
“Wisma Putra akan memanggil duta Filipina pada Isnin untuk menjelaskannya. Sabah masih dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia.”
Pada Rabu, Kedutaan Amerika Syarikat di Manila menulis di Twitter yang sumbangan 500 kit kebersihan diri oleh agensi bantuan AS “untuk kegunaan rakyat Filipina dihantar pulang dari Sabah, Malaysia”.
Locsin membalasnya dengan menulis di Twitter Isnin lalu: “Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia, jika anda mahu berurusan dengan Filipina”.
Locsin turut mengesahkan semula tuntutan Manila ke atas Sabah dalam satu taklimat bajet Jawatankuasa Peruntukan Filipina September tahun lalu dengan berkata, tuntutan 5 dekad itu dimulakan di bawah pentadbiran mendiang Presiden Diosdado Macapagal dan diteruskan Macapagal serta bapanya, Teodoro Locsin Sr.
Putrajaya dilaporkan berkata, ia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah oleh mana-mana pihak.
# FMTsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Jangan bagi masuk locsin ni ke malaysia.
BalasPadam