Header Ads

ads header

Flash News

Azalina serah pada mahkamah adili tuntutan saman


KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili tuntutan saman yang dikemukakan ke atas beliau dan Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun.

Azalina berkata, Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan mengesahkan bahawa sebarang prosiding di dalam majlis Parlimen atau jawatankuasa yang ada, tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Beliau berkata, ia dapat dilihat dalam kes Mahkamah Tinggi, membabitkan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dan Datuk R Ganesan.

"Dalam kes itu, mahkamah memutuskan bahawa sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan ialah Dewan mempunyai kuasa untuk memilih atau memecat Speaker, dan isu siapa yang dilantik secara sah sebagai Speaker adalah terletak di luar bidang kuasa mahkamah untuk membuat penghakiman," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azalina berkata, peletakan jawatan Ahli Parlimen Teluk Intan, Ngar Kor Ming selaku Timbalan Speaker berlaku sebelum usul pelantikan dirinya dibaca mengikut Peraturan Mesyuarat 6.

"Justeru, saya tidak melihat terdapat mana-mana pelanggaran Peraturan Mesyuarat atau Perlembagaan berlaku," katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi plaintif pada 23 Julai lalu memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan pelantikan Azhar dan Azalina masing-masing sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Turut dinamakan sebagai plaintif adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Kesemua mereka memfailkan saman pemula terhadap Azhar, Azalina, Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin melalui Tetuan Law Practice of Rafique di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam saman pemula itu kelima-lima plaintif menamakan mereka sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mereka memohon deklarasi bahawa kerusi Speaker Dewan Rakyat sejak 13 Julai lalu masih kosong dan pelantikan Azhar dan Azalina itu adalah tidak sah kerana ia tidak berperlembagaan dan/atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan/atau Peraturan 3,4, 6 dan 47 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan/atau kedaulatan undang-undang.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Atuk Kerala sudah lama dalam bidang politik pun masih bodoh sombong lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa atok banyak duit. Kalau kalah pun no Hal duit berrtimbun2 lagi. Nak bawa duit tu masuk kubur pun Tak boleh.

      Padam