Header Ads

ads header

Flash News

Erdogan sertai solat Jumaat pertama



ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam menyertai ribuan umat Islam di negara itu menunaikan solat Jumaat pertama di Hagia Sophia selepas mercu tanda kontroversi itu ditukar semula menjadi masjid.

Masjid berkenaan dibanjiri penduduk yang berkumpul di dalam dan luar bangunan yang diisytiharkan tapak warisan dunia UNESCO dengan sebahagiannya mengibarkan bendera negara itu dan kain rentang Islamik.

Menurut Erdogan, kira-kira 350,000 jemaah yang berhimpun di situ, namun sukar untuk mengesahkan angka sebenar.

Difahamkan, umat Islam yang ingin melaksanakan solat Jumaat di masjid itu berkumpul lebih awal sejak malam sebelumnya.

Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama Turki, Ali Erbas ketika menyampaikan khutbah berkata, pembukaan semula masjid itu diibaratkan kepulangan semula tempat suci umat Islam itu kepada fungsi asalnya.

Pada 10 Julai lalu, mahkamah tertinggi Turki membatalkan status monumen enam abad itu sebagai muzium, sebelum Erdogan mengarahkan bangunan berkenaan dibuka semula sebagai tempat ibadat umat Islam.

Hagia Sophia kali pertama dibangunkan sebagai gereja ketika Empayar Rom Timur pada abad keenam tetapi diubah menjadi masjid selepas penaklukan Uthmaniyyah di Konstantinopel pada tahun 1453.- AFP



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan