Header Ads

ads header

Flash News

Bahang PRU sudah terasa, MPT Bersatu mula bincang pembahagian kerusi


PETALING JAYA
: Desas desus mengenai pilihan raya umum semakin kencang apabila isu pembahagian kerusi mula dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini.

Seorang ahli MPT memberitahu Astro AWANI, hasil keputusan mesyuarat berkenaan akan diperhalusi lagi sebelum dibawa ke mesyuarat rundingan dengan PAS dan UMNO pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Selain itu, jelasnya lagi, kebanyakan kerusi yang menjadi perbincangan melibatkan kawasan majoriti Melayu di Semenanjung.

“Mesyuarat tadi lebih ke arah persediaan menghadapi PRU, dan rundingan kerusi kerusi (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) yang akan dipertandingkan antara PAS, UMNO, dan Bersatu..
“Ini berkaitan dengan kerusi di Semenanjung, yang melibatkan majoriti Melayu,” katanya lagi.

Terdahulu, Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, di sini, kira-kira 8.30 malam Selasa.

Turut kelihatan hadir calon tunggal Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, serta beberapa Menteri Kabinet yang juga ahli MPT seperti Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Rina Harun.

Media difahamkan, mesyuarat itu dimulai dengan mesyuarat pre council, disusuli mesyuarat MPT yang kedua-duanya dipengerusikan Muhyiddin sendiri.

Sementara itu, ahli MPT berkenaan memberitahu Astro AWANI, mereka juga berharap kerusi yang Bersatu menangi pada PRU lepas akan dikekalkan kepada parti itu mengikut konsep ‘gentleman's agreement’.

“Kita berharap formula yang akan diguna pakai adalah pengekalan jumlah kerusi yang ditandingi parti masing-masing pada PRU lepas, atau ada beberapa kerusi Parlimen yang mungkin akan ditukar suka sama suka mengikut kesesuaian,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya antara isu lain yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah membabitkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim serta masalah dalaman parti yang berkaitan keahlian.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan