Header Ads

ads header

Flash News

Bantuan khas RM600 untuk 35,000 pemandu bas sekolah


KUALA LUMPUR
: Seramai 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas berjumlah RM600 setiap seorang, demikian diumumkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong hari ini.

Beliau berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM21 juta, iaitu sebahagian daripada inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang dilancarkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lalu sebagai usaha kerajaan berdepan krisis ekonomi dan sosial akibat pandemik Covid-19.

”Bantuan ini akan diberikan kepada pemandu bas sekolah yang memegang lesen memandu sah dan memandu kenderaan daripada pengendali bas berdaftar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kaedah pembayaran bantuan itu akan diumumkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), iaitu agensi di bawah kementerian itu yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan