Header Ads

ads header

Flash News

Belum ada kata putus mengenai cuti Aidiladha, kata KPM


GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat keputusan mengenai cadangan pemberian cuti khas sempena Aidiladha yang jatuh pada minggu persekolahan berikutan perubahan takwim persekolahan 2020.

Timbalan Menteri Pendidikan I Dr Mah Hang Soon berkata, KPM akan mengumumkan perkara itu kepada semua pihak jika terdapat sebarang keputusan mengenai keperluan untuk meminda cuti perayaan tersebut.

“Setakat ini, tiada perkembangan mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, Bayan Baru, hari ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) memohon supaya KPM mempertimbangkan semula tarikh cuti persekolahan sempena Aidiladha pada 31 Julai ini

NUTP mencadangkan supaya diberi peruntukan cuti khas oleh KPM pada 30 Julai dan cuti pelepasan oleh pejabat pendaftar negeri pada 29 Julai dan 3 Ogos ini bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambut perayaan itu di kampung halaman masing-masing.

Pengumuman takwim akademik yang baru oleh KPM menyaksikan cuti sekolah bagi perayaan Aidiladha dipendekkan kepada 2 hari iaitu pada 31 Julai dan 1 Ogos.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan