Header Ads

ads header

Flash News

RUU 355 Yang Jadi Mainan?

1) Timbalan Menteri jawab nak kaji bagi selaras dengan perlembagaan. RUU355 bukan hudud. RUU355 adalah hal memperkasakan undang-undang sedia ada supaya lebih tegas untuk orang islam. 

2) Kenapa perlu selaras dengan perlembagaan? Koman sangat laa duk berjuang berhimpun bagai, tapi akhir sekali kena tertakluk kepada perlembagaan jugak? Sebenarnya, ia bukan masalah perlembagaan sangat pun. Tetapi lawan-lawan politik PAS ataupun puak-puak yang anti-Islamisasi  akan guna perlembagaan untuk melawan RUU355.

3) Pengamal undang-undang di pihak PAS ada hujah dari sudut perlembagaan untuk teruskan pemerkasaan RUU355. Tetapi pengamal undang-undang lawan juga mempunya hujah perlembagaan juga untuk menghalang pemerkasan RUU355. Ia pasti akan mengundang kekeliruan kelak.

4) Ia umpama justifikasi YB Takiyuddin vs YB Gobind dalam parlimen perihal usul menamatkan tugas Speaker untuk lantik Speaker baharu. Hujah kedua-duanya mereka masing-masing boleh dikatakan betul dan logik. Ia adalah penafsiran terhadap perlembagaan. Disebabkan YB Takiyuddin berada pada pihak yang berkuasa, maka YB Takiyudin menang. Sama halnya jika YB Gobind masih berkuasa, YB Gobind akan menang.

5) Dalam isu RUU355 ini, andai diluluskan dan diperkasakan akta, ia boleh berjalan dengan baik dan juga tidak baik. Kerana penafsiran undang-undang dalam kalangan pengamal undang-undang tidak sama. Penelitian secara menyeluruh yang disebutkan oleh Timbalan Menteri bukanlah bermaksud PAS cuba berlepas tangan. Tentulah mereka sedang mencari jalan terbaik untuk menjayakannya.

6) Kritikan kita pula, untuk jadikan ia gagal atau berjaya? Kita kondem untuk apa? Untuk throwback luka-luka kena kitai dengan geng RUU355? Saya kira jawapan Timbalan Menteri itu belum cukup kuat untuk kita anggap PAS sudah hilang cita-cita mereka untuk perkasakan RUU tersebut.

7) At least kita tengok dulu bunga-bunga silat yang PAS akan persembahkan. Kena tengok dulu PAS nak buka silat apa, silat pulut atau silat gayong? Kalau kita masuk semberono, takut-takut kita salah langkah. Kita sangka silat pulut yang kita boleh makan...

Sekian

Dr Tanaka Mustafa




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan