Header Ads

ads header

Flash News

DAP Sarawak bersikap ‘sesumpah’ mengenai calon PM, kata naib presiden PBB


KUCHING:
Seorang menteri negeri mengkritik ketidaktentuan DAP Sarawak mengenai pemilihan calon perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) kembali menerajui kerajaan persekutuan.

Februari lalu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, tetapi kemudian mengatakan parti itu akan menyokong Shafie Apdal daripada Warisan.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, DAP Sarawak berubah pendirian kerana ingin mengikut sentimen menyokong seseorang dari Borneo menjadi perdana menteri seterusnya dan berharap mendapat sokongan pengundi.

“Ia juga untuk menunjukkan sokongannya kepada DAP Sabah, yang berada dalam kerajaan Sabah sekarang,” kata menteri pelancongan, kesenian, kebudayaan, belia dan sukan Sarawak itu kepada FMT.

Beliau berkata, DAP pusat menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri dan Chong menyambut baik kenyataan itu.

“Kini, pendiriannya berbeza. Dia memberikan sokongan kepada Shafie sebagai perdana menteri PH seterusnya. Ini menunjukkan sikap ‘sesumpah’ Chong. ”

Karim menyifatkan pemimpin DAP Sarawak “keliru” dan tidak dapat memutuskan calon yang akan disokong.

Februari lalu, dalam majlis sambutan Anwar ke Sarawak, Chong berkata agenda utama parti adalah untuk Anwar menjadi perdana menteri seterusnya.

“Inilah sebabnya mengapa kami memutuskan untuk mengundang Anwar ke acara ini hari ini untuk menunjukkan sokongan kepadanya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau kemudian mengatakan DAP Sarawak akan menyokong Shafie, sambil menambah sebagai rakyat Malaysia Timur, tidak ada alasan mengapa mereka tidak harus menyokong sesama rakyat Malaysia Timur sebagai perdana menteri seterusnya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan