Header Ads

ads header

Flash News

Editor buku hina jata negara lari ke Australia


Editor buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, Kean Wong, yang gambar kulit buku terbabit didakwa menghina Jata Negara, dikesan berada di Australia.

Timbalan Pengarah (Siasatan/ Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata berdasarkan siasatan, Wong menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia bersama keluarganya pada awal tahun ini sebelum kembali semula ke Australia pada hujung Januari lalu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat, peguam Wong memaklumkan penyunting buku itu memegang status Pemastautin Tetap (PR) Australia sejak lebih 10 tahun lalu.

"Kami sedang menunggu maklum balas daripada Wong menerusi peguamnya berhubung siasatan buku berkenaan," katanya ringkas kepada Bernama.

Mior Faridalathrash berkata lapan penulis buku itu serta pereka grafik, pelukis muka hadapan serta penasihat jualan sudah dirakam keterangan dan pihaknya turut mendapatkan pandangan dua pakar sejarah berhubung isu membabitkan buku tersebut.

Katanya setakat ini, siasatan kes menghina Jata Negara masih dijalankan dan hasil siasatan akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

- Bernama

MR :  Ingat berani, lari rupanya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Kepala bapak ultra-rasis adalah seperti ayam pondan yang berlagak bodoh sombong berkokok riuh sekampung siang dan malam tetapi ekornya sendiri penuh dengan tahi. Kotor, busuk dan menjijikkan ! Akhirnya terbang ke Australia kerana kehilangan telur.

    BalasPadam
  2. Inilah kominisma. Sila rujuk dokumentari YouTube mengenai Communism. Lihat apa matlamat mereka.
    Dunia sekarang berdepan dgn ancaman kominisma.

    BalasPadam
  3. Buang kerakyatan mereka ni. Kalau mereka nak sambung passport di kedutaan malaysia, jangan benarkan.

    BalasPadam
  4. Ketegasan pelaksanaan undang-undang perlu dikenakan kepada penderhaka.

    BalasPadam
  5. Ketegasan pelaksanaan undang-undang perlu dikenakan kepada penderhaka.

    BalasPadam
  6. Ketegasan pelaksanaan undang-undang perlu dikenakan kepada penderhaka.

    BalasPadam