Header Ads

ads header

Flash News

Filipina isytihar cuti sempena Aidiladha


Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Khamis mengisytiharkan 31 Julai sebagai hari cuti kebangsaan sempena menyambut Aidiladha, lapor agensi berita Anadolu.

"Undang-Undang Republik No. 9849 menetapkan Aidiladha harus disambut sebagai cuti biasa," kata Duterte dalam satu kenyataan.

Tambah beliau tarikh itu dipilih berdasarkan syor Suruhanjaya Kebangsaan Islam Filipina.

Presiden menasihatkan masyarakat Islam supaya mematuhi dan menjaga penjarakan sosial semasa perayaan.

Masyarakat Islam merangkumi kira-kira 10 peratus daripada 100 juta penduduk Filipina, menurut suruhanjaya itu.

Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao, wilayah majoritinya penduduk Islam, terletak di selatan Filipina, mengumumkan solat Aidiladha akan diadakan pada Jumaat.

#Kredit : Bernama    

MR : Islam akan menguasai dunia, hanya menunggu masa    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan