Header Ads

ads header

Flash News

Shafie memilih bubar DUN, minta rakyat Sabah putuskan antara dia atau Musa


Ketua Menteri Sabah mengumumkan Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Dalam sidang media hari ini, Shafie berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini.

"Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

"Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan," katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

"Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan," katanya lagi.

Terdahulu, Shafie yang juga presiden Warisan menghadap Juhar di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu pagi ini, hanya beberapa jam selepas bekas ketua menteri, Musa Aman mendakwa memiliki sokongan majoriti Adun untuk membentuk kerajaan negeri.

Semalam, Musa, yang merupakan Adun Sibuga dalam sidang media mendakwa memperolehi Akuan Bersumpah (SD) daripada Adun yang menyokongnya, tetapi tidak menyatakan jumlahnya.



Khabar angin tentang usaha menumbangkan pentadbiran Warisan di Sabah sudah bertiup sejak beberapa minggu ini dengan dakwaan usaha dijalankan untuk menarik sokongan Adun kerajaan untuk menukar sokongan.

Dalam pada itu, Shafie berkata sudah sampai masanya untuk menyerahkan pilihan menentukan kerajaan Sabah kepada penduduk negeri itu.

"Dalam jangka masa 60 hari (tempoh pilihan raya perlu diadakan), saya masih caretaker, masih jadi ketua menteri mentadbir Sabah.

"Sehinggalah SPR umum tarikh (pilihan raya), baru kita pilih dan pilihan kena tepat - sama ada pilih Musa Aman, Bung Moktar Radin, (Ketua Bersatu Sabah dan Adun Sulaman) Hajiji (Noor), Anifah Aman atau Shafie Apdal," katanya lagi.

Untuk rekod, Dun Sabah terdiri daripada 60 kerusi wakil rakyat.

Lima lagi merupakan kerusi Adun dilantik.

Bagaimanapun difahamkan bahawa Adun dilantik tidak dapat menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri.

MR : Jika tersilap langkah    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan