Header Ads

ads header

Flash News

Musa Aman menegaskan bahawa beliau layak dilantik menjadi KM dengan 33 sokongan


Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman menegaskan bahawa beliau layak dilantik menjadi ketua menteri negeri itu yang baru menggantikan Shafie Apdal.

Dalam klip video sidang medianya yang dimuat naik di Facebook, Musa berkata Yang Di-Pertua Negeri mempunyai tanggungjawab untuk mempertimbangkan sama ada dia mempunyai majoriti atau tidak.

"saya layak dilantik TYT (Yang Di-Pertua) untuk jadi ketua menteri Sabah kerana mempunyai sokongan majoriti.

"TYT mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan sama ada saya mempunyai majoriti untuk menubuhkan suatu kerajaan baru untuk Sabah," katanya dalam klip video yang dimuat naik di Facebook Sabah See Hua Daily News.

Musa juga menambah bahawa dia tidak terkejut dengan tindakan Shafie mencadangkan pembubaran DUN.

"Malah kami telah pun menjangkakan kejadian seperti ini berlaku," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Musa mendakwa mempunyai majoriti tipis dengan sokongan 33 Adun.

Seramai 32 Adun itu disenaraikan seperti di bawah bersama dengan kawasan pilihan raya dan gabungan parti mereka:

Bersatu

1. Hajiji Mohd Noor (Sulaman)

2. Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang)

3. Mohd. Arifin Mohd Arif (Membakut)

4. Isnin Aliasnih (Kilas)

5. Matbali Musah (Lumadan)

6. Masidi Manjun (Karanaan)

7. Japlin Akim (Usukan)

8. Nizam Abu Bakar Titingan (Apas)

9. Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan)

Parti Bersatu Sabah

1. Julita Majunki (Matunggong)

2. Jahid Jahim (Tamparuli)

3. Joniston Lumai @ Bangkuai (Kiulu)

4. Joachim Gunsalam (Kundasang)

Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star)

1. Jeffrey Kitingan (Tambunan)

2. Robert Nordin (Bingkor)

3. Ellron Alfred Angin (Sook)

Umno

1. Musa Aman (Sungai Sibuga)

Bebas

1. Juri Limus (Kuala Penyu)

2. James Ratib (Sugut)

3. Jaffari Waliam (Ahli yang dicalonkan)

Warisan

1. Musbah Jamli (Tempasuk)

2. Hamisa Samat (Tanjong Batu)

3. Abd Muis Picho (Sebatik)

4. Osman Jamal (Balung)

5. Bolkiah Ismail (Pitas)

6. Saddi Abdu Rahman (Sukau)

7. Masiung Banah (Kuamut)

8. Anita Baranting (Tandek)

9. Abd Rahman Kongkawang (Labuk)

DAP

1. Ronnie Loh Ee Eng (Ahli yang dicalonkan)

Upko

1. Abidin Madingkir (Paginatan)

PKR

1. Kenny Chua Teck Ho (Inanam)


MR :  33 drp 60, nampak Warisan dah tak dapat sokongan  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan