Header Ads

Header ADS

India rekod 37,140 kes baharu dalam masa 24 jam


INDIA melaporkan 37,140 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara itu meningkat kepada 1,115,191.

Pada Selasa, Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, 587 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian meningkat kepada 28,084.

Ketika ini, hospital sementara yang ditubuhkan di sebuah pusat sukan mampu menampung sekitar 500 orang pesakit.

Hospital sementara itu dilengkapi dengan baik untuk menangani sebarang kecemasan perubatan.

Dalam pada itu, Majlis Penyelidikan Perubatan India meminta negeri-negeri menambah pembinaan lebih banyak makmal dan meningkatkan keupayaan ujian makmal tersebut.

India telah menjalankan hampir 10,000 ujian untuk setiap satu juta penduduknya.

Dengan pertambahan kes dalam beberapa minggu terakhir, pemerintah negara India memerintahkan penutupan di kawasan berisiko tinggi sebagai usaha mengekang jangkitan baharu.

Pakar mengatakan, India mungkin akan menyaksikan satu rangkaian kes yang memuncak ketika virus merebak di kawasan luar bandar di mana sistem penjagaan kesihatannya pada tahap rendah.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.