Header Ads

ads header

Flash News

Jika di mahkamah, hakim akan penjarakan anda, Azalina beritahu Rayer


KUALA LUMPUR:
Pertikaman lidah antara RSN Rayer (PH-Jelutong) dengan timbalan speaker Azalina Othman Said tercetus apabila wakil DAP tidak berpuas hati dengan kenyataan wakil kerajaan bahawa Pakatan Harapan (PH) menjual aset negara ketika memerintah.

Kekecohan itu bermula semasa sesi perbahasan Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang membuat dakwaan tersebut.

“Tanya Gombak (Mohamed Azmin Ali) dan Ampang (Zuraida Kamaruddin), siapa yang mengkhianat hingga kerajaan PH jatuh,” katanya Rayer kepada Salim.

Azalina kemudiannya meminta Rayer duduk dan bertanya Salim sama ada beliau ingin menjawab pertanyaan Rayer atau tidak.

Salim enggan menjawab.

Rayer kemudian menuduh Salim tidak cukup berani untuk menjawab soalannya, tetapi Azalina mengingatkan beliau supaya duduk bagi membolehkan Salim meneruskan perbahasan.

“Saya adalah Yang di-Pertua. Di bawah Perintah Tetap 35, anda mesti membiarkan ketua memutuskan apakah anda boleh mengajukan pertanyaan. Sila hormati,” kata Azalina.

Selepas beberapa kali Rayer enggan duduk, Azalina menjadi berang.

“Saya belum selesai, tetapi anda telah campur tangan. Sekiranya anda berada di mahkamah, hakim akan memasukkan anda ke dalam penjara,” katanya.

Keadaan menjadi bertambah tegang apabila Rayer memberitahu Azalina bahawa hakim tidak akan memasukannya ke dalam penjara tanpa alasan.

Azalina mengingatkan Rayer supaya tidak mengajarnya bagaimana untuk bekerja dan meminta beliau duduk.

“Banyak ahli Parlimen telah berdebat dengan banyak tuduhan. (Anda) mengatakan bahawa itu adalah demokrasi, maka (biarkan mereka) bercakap.”

Sambil menaikkan suaranya Azalina menyuruh Rayer duduk.

“Saya tidak akan membenarkan anda bercakap. YB duduk,” katanya kepada Rayer.

“Saya akan hitung, 5, 4, 3, 2, 1. Duduk atau keluar,” katanya.

Rayer kemudiannya duduk.


MR :  Jelotung lambang kebodohan PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Sekaranglah puaka2 ph ni nak buat kecoh dalam parlimen sebab mereka tahu lepas pru15 mereka tak ada peluang buat lagi macam tu. Silap2 kena buang kerakyatan depa esok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Biarlah pakatan haram terjerit2 rakyat saksi betapa bodohnya pilihan mereka,,jadi kerajaan sampah jadi pembangkang sarap jadilah mereka sampah sarap hahahaha

    BalasPadam
  3. Kurang ajar. Bangsa rasis BiaDAP ni memang suka memperlekehkan orang Melayu. Bangsa tidak reti bersyukur.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam