Header Ads

ads header

Flash News

Tak boleh melebihi 20 orang satu rumah ketika Aidiladha


SAMBUTAN perayaan Aidiladha di rumah dihadkan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

Keputusan prosedur operasi standard (SOP) Aidiladha dan Ibadah Korban itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, selain itu kerajaan memutuskan mengehadkan tidak lebih 10 ekor haiwan korban bagi masjid dan surau, termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

"Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban dan kerajaan menggalakkan supaya ibadah Korban dilakukan di 28 rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan 31 rumah penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan," katanya.

Ismail Sabri berkata, jumlah kehadiran orang ramai ketika ibadah korban mengikut 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

"Nisbah 20 orang untuk seekor haiwan, kalau ada lima ekor haiwan (untuk disembelih) bermakna 100 orang termasuk tukang sembelih dan melapah.

"Jamuan makan dan kenduri di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus," katanya.

Beliau berkata, waktu ibadah korban di masjid dan surau hanya boleh diadakan selama empat hari termasuk hari pertama sambutan Aidiladha, selepas solat Sunat Aidiladha dan tiga hari Tasyrik.

"Bagaimanapun, mengambil kira Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, ibadah korban digalakkan untuk dilakukan pada hari kedua, ketiga dan keempat," katanya.

Beliau turut menegaskan, individu yang masih dalam proses kuarantin wajib di rumah dilarang sama sekali untuk keluar dari rumah termasuk pulang ke kampung ataupun menunaikan Solat Sunat Aidiladha serta tidak boleh menerima tetamu.

"Jika individu yang memakai wristband kuarantin melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada polis.

"SOP ini terpakai di Wilayah Persekutuan dan boleh diguna pakai oleh Majlis Agama Negeri sebagai rujukan," katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan