Header Ads

Header ADS

Kempen anti-Sawit, Kerajaan Malaysia akan saman EU kata Menteri


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) membabitkan kempen anti-minyak sawit oleh blok berkenaan.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tindakan itu diambil menerusi Mekanisme Penyelesaian Pertikaian (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata tindakan terbabit juga berdasarkan asas dan justifikasi serta selaras dengan prinsip amalan perdagangan yang telah digariskan oleh WTO.

"Polisi yang dilaksanakan oleh EU dalam 'Delegated Regulation' di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU II (EU RED II) yang telah mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya ke atas usaha kemampanan dan kelestarian yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Malaysia, seterusnya menyekat amalan perdagangan bebas," katanya.

Menurut Mohd Khairuddin, tindakan diskriminasi oleh EU tersebut akan menyebabkan lebih tiga juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam rantaian industri sawit negara menerima impak negatif termasuk lebih setengah juta pekebun kecil sawit.

EU telah meluluskan EU RED II pada Disember 2018 dan seterusnya 'Delegated Regulation' pada Mac 2019 yang merupakan peraturan pelengkap di bawah EU RED II.

Ia antara lainnya menerangkan mengenai kriteria atau metodologi menentukan sama ada sumber dalam pengeluaran biobahan api menyebabkan kadar perubahan guna tana secara tidak langsung (ILUC) yang tinggi atau rendah serta kesannya terhadap pelepasan gas rumah hijau.

Mohd Khairuddin berkata 'Delegated Regulation' berkenaan juga dilihat mempunyai kekurangan dari segi ketelusan serta kredibiliti saintifik.

"Terdapat banyak andaian yang dibuat memberi gambaran tidak tepat terhadap amalan kemampanan dan kelestarian industri sawit negara," katanya.

Malah, katanya, ia juga dilihat berat sebelah apabila hanya minyak sawit dikategorikan sebagai mempunyai kadar risiko ILUC tinggi dalam kalangan minyak sayuran bagi sumber biobahan api.

"Berdasarkan 'Delegated Regulation' tersebut, minyak sawit telah dikategorikan sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi, sekali gus menyebabkan jumlah eksport minyak sawit negara ke EU dijangka akan terkesan.

"Ini memandangkan biobahan api dengan kadar ILUC tinggi tidak diambil kira dalam pengiraan sasaran tenaga boleh diperbaharui," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khairuddin berkata Malaysia akan turut terlibat sebagai pihak ketiga dalam kes yang telah difailkan oleh Indonesia.

"Penglibatan Malaysia ini sebagai tanda sokongan dan solidariti serta komitmen Malaysia sebagai negara pengeluar sawit untuk bersama Indonesia dalam menangani isu kempen anti-minyak sawit," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus komited mempertahankan kepentingan industri sawit yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

- Bernama


MR :  Tindakan baik, tapi jangan sekerat jalan seperti PH dalam isu Batu Putih


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
    MALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat itu kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya mohon. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
    Whats-app Mother Rossa Company: +1 (914) 529-5708.
    Syarikat itu tidak tahu bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus membagikannya kepada anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Di bawah ini adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman swasta yang jujur ​​dan jujur.
    "jika anda memerlukan pinjaman untuk melunaskan kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk melaksanakan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman perguruan? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain?" ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
    e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
    E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
    nombor telefon bimbit +601616345654
    Terima kasih kerana membaca dan selamat maju jaya

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.