Header Ads

Header ADS

Kenapa PAS tolong kempen untuk calon Umno?


Kenapa PAS tolong kempen untuk calon Umno? Bukankah Umno dikaitkan dengan rasuah, kleptokrasi dan sebagainya?

USTAZ ZURIDAN MOHD DAUD berkata ini perkara siasah. Dalam kaedah fiqh dinyatakan ada perkara yang berubah hukum kerana berubahnya keadaan, masa dan tempat. Demikian halnya dengan perkara siasah. Pendekatannya berubah melihat kepada perubahan situasi, masa dan tempat. Dulu PAS menentang Umno ketika Umno berkuasa dan ada perkara-perkara yang PAS tidak setuju. Kini setelah Umno kalah, ia sudah banyak melakukan perubahan, terutama dalam aspek berkaitan agama dan juga menolak amalan rasuah. Maka PAS bersikap terbuka.

Berbeza pula dengan Pakatan Harapan yang berkuasa, mula menunjukkan perkara yang berbahaya, boleh mencetuskan ketegangan kaum, mempertikaikan pelbagai perkara berkait dengan agama, maka kita tidak dapat memberikan harapan kepada PH.

Justeru kita bersatu tenaga dengan Umno di bawah wadah Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Maka kita PAS sebagai salah satu entiti dalam permuafakatan ini bertanggung jawab untuk turun membantu calon dari Umno yang mewakili Muafakat Nasional dalam PRK DUN Chini.

MR :  Ini yang geng AMANAH bodoh nak faham


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Berbeza pula dengan Pakatan Harapan yang berkuasa, mula menunjukkan perkara yang berbahaya, boleh mencetuskan ketegangan kaum, mempertikaikan pelbagai perkara berkait dengan agama,raja²,bendera,cubaan menghidupkan fahaman komunis. maka kita tidak dapat memberikan harapan kepada PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org umno dan pas lah yg suka mengungkit perkauman. Lihat saja sekarang mana ada org dap pkr amanah ungkit pasal kaum. Sudah tdk kedengaran isu perkauman kerana apa? Kerana umno pas dh jadi kerajaan semula. Xda dh isu kaum kerana umno pas lah selama ini yg suka bangkit isu perkauman.

      Padam
    2. Demi keselamatan budaya dan agama bangsa pribumi dalam negara wajib menggunakan sentimen perkauman untuk mempertahankan diri. Kalau tak nak duduk di Malaysia boleh belah, tak ada siapa larang.

      Padam
  2. Geng yg bodoh nak paham tu sebabnya taksub kepartian mengkhinzir buta.

    BalasPadam
  3. Semak semula video dimana pemimpin pas membabi butakan umno. Sekarang mendewakan umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si madey kutuk dap dan dap kutuk madey takpe pulak? Dulu umno dan pas lain. Sekarang lain. Moga2 gandingan pas umno sekarang diberkati.

      Padam
  4. Insyallah tg dato hisham...menang majoriti prk chini amin ya allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga2 calon pembela agama dan bangsa menang besar menghancurkan pengkhianat dan pemfitnah, insya Allah.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.