Header Ads

Header ADS

Apa Beza Meeting PN Dan Meeting PH


1) Kalau kesepakatan tak kuat, saling tidak memperchayai, bertekak dalam meeting - sudah tentu tak dapat nak capture gambar begini.

2) Tentu akan ada berita "Abang Johari GPS boikot sidang media selepas meeting pemimpin PN".... Atau "Zahid Hamidi kechewa dengan keputusan meeting, enggan bergambar".... Atau "Wee Ka Siong tolak muafakat parti Melayu, bergegas pulang selepas mesyuarat".... Macam ada orang tak hadir ketika sidang media Tun Mahathir selepas Sidang Pembukaan Parlimen baru-baru ini.

3) Tapi gambar-gambar yang meyakinkan bahawa progess memperkukuh gabungan perikatan tersebut semakin baik. Paling utama, mereka tidak bincang pun siapa yang bakal mengganti Muhyiddin kelak.

4) Walaupun mula-mula perikatan terbentuk, ada konflik antara MN dan BN dengan BERSATU dan team Azmin. Malahan antara MN dengan MCA dan MIC, antara UMNO dengan MCA dalam BN. Tetapi masa adalah sebagai ubat dan penawar sebenarnya jika kena pada cara.

5) Sebab itu PH bekerja keras untuk merampas semula kerajaan seberapa segera yang boleh, kerana semakin lambat mereka rampas, PN akan semakin kukuh. Apabila pemimpin PN kerap bertemu, berbincang, bertahalluf, berdiplomasi - ia akan semakin kukuh - melihat kepada watak-watak yang ada di dalamnya.

6) Watak-watak Melayu, Islam, Pribumi, Konservatif - yang memiliki attribute asas diplomasi dan perundingan, tidak mustahil ia akan menjadi gabungan yang kuat dan rasmi bagi mendepani PRU15.

7) Lihat kepada watak TS Muhyiddin sendiri. Walaupun BERSATU ni dikira memang dimusuhi oleh UMNO (sedahsyat permusuhan PAS dengan AMANAH), tetapi personaliti TS Muhyiddin mampu mempertaut kembali hubungan baik dengan UMNO walaupun telah berbeza parti.

8 ) Sikap Zahid Hamidi juga boleh menerima BERSATU. Sepatutnya Zahid memusuhi BERSATU dengan lebih dahsyat kerana BERSATU lah punca BN tewas dalam PRU14. Kata-kata bahawa hanya akan bekerjasama dengan BERSATU dalam PN sehingga PRU15 sahaja, mungkin boleh berubah atas faktor masa.

9) Watak Abang Johari GPS juga dilihat mudah lunak dengan gabungan yang cool begitu. Lebih-lebih lagi tiada unsur DAP dalam gabungan. Jadi GPS lebih selesa dengan PN walaupun cuba untuk tarik-tali dalam isu Sarawak.

10) MCA dan MIC juga cool. Mereka tidak bersikap keterlaluan dalam meeting dan menjaga keharmonian dalam meeting. Bukan mudah jika orang-orang berjiwa chauvinis untuk berada dalam satu kumpulan konservatif, Islamis etc.

11) Dan saya bilang, antara watak pendamai yang ada dalam meeting tersebut adalah Presiden PAS. Bukan sahaja pendamai, bahkan dihormati. Watak ini mungkin pada awalnya ditakuti dan dicurigai oleh MCA dan MIC - kerana belum kenal secara dekat dalam meeting. GPS dahulunya juga berhati-hati dengan PAS. Tetapi selepas pertemuan PAS dengan Abang Johari tidak lama dahulu, ia mengubah pendangan GPS terhadap Presiden PAS dan PAS itu sendiri.

12) Paling utama, UMNO selaku musuh lama PAS sudah semakin serasi dengan PAS sejak penubuhan MN. Maka tidak pelik jika BERSATU juga bersikap demikian dengan PAS. Team Azmin juga tiada masalah dengan Presiden PAS. Jadi semua keadaan dan sikap individu dalam meeting tersebut, memungkinkan PN akan terus stabil.

13) Bagaimana meeting demi meeting dalam PH? Sekarang sudah ada hati yang terluka. Entah besar entah kechil luka itu kita tidak pasti. Tun Mahathir pun seakan mahu merajuk dengan PH Plus. Saya nampak luka kechil DS Anwar lebih realistik, berbanding merajuk Tun Mahathir yang lebih bersifat fake dan licik. Merajuk strategi orang kata.

14) Kemudian ditambah pula sokongan yang telah terbelah dua antara sokongan terhadap Tun dan terhadap DS Anwar. Pihak yang nak mendamaikan pun berbelah bagi nak skokong yang mana ketika kedua-dua tokoh besar merka berpatah hati. Apa yang merisaukan mereka adalah 13 Julai. Jika tiada conformation siapa calon PM9, mereka akan gagal.

15) Melihat kepada cara mereka bermesyuarat, sanggah menyanggah menjadi perkara biasa. Mereka tidak peduli siapa di dalamnya, tiada rasa hormat atau berlapik dalam menyatakan pandangan. Konon hendak lebih telus dan luahkan apa saja yang terbuku di hati, supaya dapat diselesaikan on table - tidak mahu cakap-cakap di belakang. Kononnya.

16) Sampai tahap paling bongok sekali, boleh rakam meeting mereka kemudian sebar pula kepada umum. Keadaan begini memang tidak akan mendatangkan keharmonian. Hati yang terluka, hati yang panas, hati yang kechewa, hati yang dimakan-makan - memang akan menyebabkan saling tidak memperchayai.

17) Cara urus meeting begini, memang sukar untuk watak-watak dalam PN terima. Jika pemimpin PN seperti Abang Johari terpaksa meeting bersama Khalid Samad, Ronnie Liu, Hanipa Maidin, Fahmi Fadzil etc. Makan hati lah jawabnya. memang padan Abag Johari lebih suka dengan PN berbanding PH. Ini bukan bab hati tisu bagai. Ia adalah bab skill dan seni dalam berkomunikasi.

Dah panjang pulak jadinya tulisan ni. Stop dulu.
Sekian

Dr Tanaka Mustafa

MR :  Kerajaan yang diasaskan atas nak bantu rakyat akan mendapat kemudahan pengurusannya daripada keikhlasan yang diasaskan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. PN sangat berbeza dgn PH.PH geng mabuk kuasa.Masa dapat kuasa berbalah,hilang kuasapn berbalah.Kencing lebih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ph geng mabuk ketum terlebih dos

      Padam
    2. Umno x gila kuasa ka? Desak supaya bubar dun dan parlimen. Itu x dikira gila kuasa?

      Padam
    3. Nak bubar parlimen bukan gila kuasa tapi demi kestabilan. Macai ph penghasut nombor satu.

      Padam

  2. Bukan setakat meeting dengan Ronnie Liu, dgn Rayer lagi, Xavier Jayakumar lagi, dua dua mulut celupar. Gobind Singh Deo tak delah celupar sangat, tak macam bapak dia.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.