Header Ads

Header ADS

Projek pembinaan Empangan Papar bernilai RM3 bilion kepada syarikat Wira Syukur oleh PH


Ini surat kerajaan PH Plus Sabah memberi projek pembinaan Empangan Papar bernilai RM3 bilion kepada syarikat Wira Syukur.

Sebelum PRU14, PH bantah projek pembinaan Kaiduan.

Mereka janji akan batalkan projek empangan Kaiduan jika menang PRU14.

Tetapi selepas menang, mereka hidupkan semula empangan Kaiduan dengan cara jenama semula menjadi empangan Papar.

Ahli-ahli NGO yang dulu kuat menghasut rakyat tempatan untuk membantah empangan Kaiduan dan menolak BN pula tidak lagi bantah empangan Papar kerana mereka diberi jawatan dalam kerajaan PH Plus Sabah.

"Tetapi sekarang, apabila ada kerajaan baru, ramai kawan kami telah jadi sebahagian daripada kerajaan... ada yang bantu kami (dulu) kini telah jadi menteri (negeri). Mereka telah buat pusingan U dan berdiam diri," kata Pengerusi Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan/ Papar (Takad) Diana Sipail."
https://www.malaysiakini.com/news/490866

Maka projek empangan Papan pun dipercepatkan.

Tak sampai 1 1/2 tahun selepas kerajaan baru Sabah masuk, projek RM3 bilion itu diberi kepada syarikat Wira Syukur.

Syarikat Wira Syukur merupakan antara pemegang saham syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.

Syarikat itu juga terbukti membayar RM15 juta daripada RM19 juta yang dibayar kepada ahli perniagaan dalam cubaan untuk menutup siasatan SPRM ke atas projek terowong.
"Vizione says RM15m linked to graft probe paid to Consortium Zenith just a security deposit"
https://www.theedgemarkets.com/article/vizione-says-rm15m-linked-graft-probe-paid-consortium-zenith-just-security-deposit

Tahun lepas, ahli perniagaan tersebut telahpun didakwa kerana menerima bayaran RM19 juta itu untuk cubaan tutup siasatan rasuah terowong.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548339/terowong-pulau-pinang-ahli-perniagaan-didakwa-tipu-rm19-juta

Dengan ini, syarikat yang terlibat dalam projek terowong Pulau Pinang RM6.3 bilion juga diberi projek untuk membina empangan Papar bernilai RM3 bilion.

Paling pelik juga ialah orang yang tanda tangan surat pemberian projek itu pada 10 Okt 2019 merupakan Amarjit Singh selaku pengarah Air Sabah.

Sedangkan Mahkamah Tinggi sudah memutuskan hari sebelumnya (9 Okt 2019) bahawa pelantikan Amarjit Singh sebagai pengarah Air Sabah adalah haram kerana ianya bertentang dengan perlembagaan Air Sabah.

"9 Okt 2019: High Court rules political appointment of Sabah Water Department director illegal"
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/09/high-court-rules-political-appointment-of-sabah-water-department-director-i/1798641

Dia boleh tandatangan pulak surat projek RM3 bilion sehari selepas jawatan dia diputuskan haram oleh mahkamah.

Sebelum PRU14, Amarjit Singh merupakan kontraktor dan ahli parti Warisan. Dia pernah direman bersama Shafie Apdal berhubung siasatan skandal rasuah RM1.5 bilion Air Sabah.

"21 Okt 2017: Meanwhile, a civil engineer, who is also a consultant of a company, Amarjit Singh, 47, was also held in remand for six days beginning today for investigation into the same case.
He was arrested at the Sabah MACC office yesterday"
https://www.thesundaily.my/archive/embezzlement-govt-funds-sabah-shafie-apdal-remand-DTARCH494899

Selepas PH menang PRU14, dia terus dilantik pengarah Air Sabah secara haram walaupun dia pernah direman berhubung skandal rasuah Air Sabah.

Air Sabah pula di bawah Menteri Sabah PH Plus Peter Anthony.

Sebelum PRU14, Peter Anthony merupakan kontraktor untuk projek-projek di bawah kementerian luar bandar semasa Shafie Apdal merupakan menteri.

Peter Anthony pernah direman juga berhubung kes Risda dan Air Sabah.

Selepas PH menang PRu14, Peter dilantik jadi Menteri Sabah yang juga menjaga Air Sabah di mana dia pernah direman berhubung skandal rasuah Air Sabah.

Minggu lepas, Peter Anthony yang sepatutnya didakwa dengan pertuduhan-pertuduhan tambahan tiba-tiba jatuh sakit pening kepala.

Sebab itu, mahkamah ditangguh.

"22 Jun 2020: Mahkamah tangguh kes selepas menteri Sabah dirawat di hospital akibat vertigo"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/22/mahkamah-tangguh-kes-selepas-menteri-sabah-dirawat-di-hospital-akibat-vertigo/

Tapi tak apa.

Ketua Menteri Shafie Apdal kata Peter Anthony boleh terus menjawat sebagai Menteri Sabah jaga projek-projek infrastruktur walaupun dia sendang menghadap puluhan tuduhan rasuah dalam mahkamah.

"18 Jun 2020: Sabah CM: Peter Anthony to continue working ‘until proven guilty’ of money laundering and abetting charges"
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/18/cm-peter-anthony-to-continue-working-until-proven-guilty-of-money-launderin/1876654

Adakah ini sebab DAP lebih rela sokong Shafie Apdal jadi PM dan bukan Anwar kerana syarikat terowong mega juga dapat projek empangan mega?

NAJIB RAZAK




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.