Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman mengenai Kerajaan Baharu Sabah


1. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti.

2. Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri  YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

3.Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

4. Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai.

5. Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.

6. Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang2 pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.


MR :  Akhirnya kerajaan tebuk atap WARISAN tumbang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Tahnia musa aman.. jika kmu balik jadi km sabah.. harap jgn ko gangguh tanah adat orang kempung ko kasih keluar.. ini menyabab BN kala waktu pru tu.. jgn ko ulang kesalahan ko di masa lampau.. aku yg undi BN tempo hari malangnya BN kala.. disebab tanah adat.. harap jgn sombong dan angkuh selaku KM.

    BalasPadam
  2. Ya betul tu... Jgn asyik rebut jawatan shja... Tunaikan tanggungjwb yg sepatutnya... Meluat sangat dgn janji2 syaitan ini...mohon kpd smua pemimpin
    Anda bertanggungjwab d akhirat nnti

    BalasPadam
  3. Sehari selepas sumpah laknat DSN...

    .....WARISAN TUMBANG!!!

    MASYAALLAH!!!

    BalasPadam