Header Ads

ads header

Flash News

Seorang Murid Sekolah Rendah Positif Covid-19 – JKNS


JABATAN Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri itu, Isnin lalu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, sampel daripada semua rakan sekelas mahupun ahli keluarga pesakit sudah diambil. 

“Semua kontak juga kini sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari. 

“Kita menasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya ada sebarang simptom menunjukkan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini. 

Sebelum ini satu mesej tular menyatakan terdapat seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif Covid-19.

Terdahulu Dr Christina memaklumkan Sabah merekodkan tiga kes baharu positif Covid-19 semalam iaitu masing-masing satu kes di Lahad Datu, Papar dan Penampang.

Katanya, kes terbaharu itu menjadikan jumlah sebanyak 392 kes Covid-19 di negeri itu. 

Katanya, kes ke-390 dan 391 dikategorikan sebagai jangkitan tempatan manakala kes ke-392 kes import.

Dr Christina menyatakan pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian sekali gus menjadikan kumulatif ujian bagi keseluruhan negeri adalah 144,820 setakat 27 Julai lalu.

# myMetro Online

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan