Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan pertimbang wajibkan pelitup muka


Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan penguatkuasaan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata perincian mengenai perkara tersebut akan diumumkan selepas kerajaan memuktamadkannya.

“Kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam.

“Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan,” katanya dalam siaran langsung perutusan khas perkembangan terkini perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Terdahulu, dalam perutusan khasnya, Muhyiddin turut menegur orang ramai yang kini dilihat semakin mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam pemakaian pelitup separuh muka, penjarakan sosial dan mengelakkan tempat yang sesak dan sempit.

“Saya selalu berpesan supaya saudara-saudari semua elakkan berjabat tangan.

"Saya tengok sekarang dah ada yang bukan sahaja berjabat tangan, malah berpeluk ketika berjumpa sahabat-handai dan sanak-saudara,” katanya.

Tambahnya, amalan kebiasaan baru mesti diteruskan meskipun jumlah kes Covid-19 berkurangan.

Tak apalah kalau dianggap berleter

“Penjarakan sosial juga mesti diteruskan. Pastikan jarak anda sekurang- kurangnya satu meter daripada orang lain.

“Elak tempat yang sesak dan sempit. Sentiasa beringat untuk elakkan sentuhan badan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata semua pihak termasuk individu, ibu bapa, institusi pendidikan dan di tempat kerja perlu memainkan peranan dalam membendung penularan wabak Covid-19 dengan menasihati dan mengingati antara satu sama lain.

“Ibu-bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup separuh muka ketika keluar dari rumah. Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lain-lain.

“Ingatkan mereka setiap hari. Tak mengapalah kalau dikata berleter pun kerana ini amat penting. Ini kerana kita semua sayangkan keluarga kita,” katanya.

Katanya, di tempat kerja pula, majikan perlu sentiasa mengingatkan pekerja supaya mematuhi SOP yang ditetapkan dan memantau pekerja masing-masing.

“Di sekolah, pengetua, guru besar, guru-guru, pengawas dan ketua kelas perlu memainkan peranan yang lebih proaktif.

“Ingatkan murid-murid dan rakan-rakan anda supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial dan patuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ketua kampung, imam dan ketua komuniti untuk melakukan perkara sama dengan menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga komuniti setempat.

“Sama ada di kedai kopi, restoran, pasar pagi atau kedai-kedai menjual barangan keperluan harian. Nasihati mereka supaya memakai pelitup separuh muka dan jaga penjarakan sosial,” katanya.

MR :  Sekarang dah ada RM12 sekotar 50 helai, baik order cepat sebelum naik harga semula


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan