Header Ads

ads header

Flash News

Elaun RM1 juta sebagai pengerusi TNB pun fitnah PH


Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid yang juga adalah ahli parlimen Padang Terap menafikan dakwaan bahawa beliau menerima elaun sebanyak RM1 juta sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Saya nafikan pengerusi (TNB menerima elaun sebanyak )RM1 juta.

“[...] Kalau RM1 juta saya tak perlu pekerjaan lain,” katanya dalam perbahasan titah diraja hari ini.

Bagaimanapun, Mahdzir tidak mendedahkan gaji sebenarnya sebagai ketua syarikat tenaga nasional itu.

Sebelum ini, Akmal Nasir (PH-Johor Bahru)- menerusi perbahasan titah diraja-mendakwa terdapat kira-kira 50 lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan purata gaji RM50,000, tidak termasuk elaun.

Justeru, dakwanya, kerajaan terpaksa membayar kos sebanyak RM25 juta setahun untuk bayaran itu.

Menjawab dakwaan tersebut, Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kemudian mencelah dan menyatakan bahawa gajinya sebagai pengerusi Prasarana cuma RM8,000 saja.

“Tak ada hal. Kita sangat telus. Lapan ribu saja,” katanya.

Pada 16 Jun lalu, TNB turut menafikan dakwaan yang ditularkan netizen berkenaan elaun tinggi yang diterima Mahdzir.

Menurut firma itu, elaun bulanan Mahdzir adalah jauh lebih rendah daripada paparan yang dikongsikan di media sosial, namun mencerminkan tanggungjawab beliau memimpin sebuah syarikat dengan lebih sembilan juta pelanggan dan aset bernilai hampir RM60 bilion.

Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, emolumen yang diterima ahli-ahli Lembaga Pengarah TNB dinyatakan dalam Laporan Tahunan yang diterbitkan setiap tahun, katanya dalam satu kenyataan tetapi juga tidak mendedahkan jumlah berkenaan.


MR :  PH membina persepsi buruk untuk poltik kotornya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan