Header Ads

ads header

Flash News

Covid-19: 21 kes baru, tertinggi bulan ini


Kebimbangan pelbagai pihak mengenai kemungkinan gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di negara ini semakin berasas apabila jumlah kes baru di negara ini terus meningkat dan mencatatkan 21 kes hari ini.

Ini adalah jumlah tertinggi sepanjang bulan ini.

Daripada 21 kes baru itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, 15 adalah kes tempatan dan enam lagi kes import.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,800 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 122 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang akhbarnya di Putrajaya, hari ini

Daripada 21 kes baru yang dilaporkan, beliau berkata, enam kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

Bagi 15 kes penularan di dalam negara, 13 kes membabitkan warganegara Malaysia dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat dua kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,555 kes atau 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, hanya tiga kespositif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes atau 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Dr Noor Hisham juga mengumumkan pengesanan beberapa lagi kluster baru.

 



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan