Header Ads

ads header

Flash News

Conteng Mural, Sultan Selangor murka


Politik Matang dan sejahtera masih tidak boleh diterima oleh masyarakat. Poltik matang boleh membuatkan rakyat terfokus... derita rakyat ditanggani. Tapi kalau memlih politik jalanan, jalaraya kata kesat dsbnya kita tak kemana. Dah lebih 20 tahun rakyat disogok politik kebencian. Cukuplah

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab menconteng mural pemimpin-pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, baginda berpandangan tindakan itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab disebabkan politik kebencian.

"Baginda berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

"Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan," titah baginda.

Terdahulu, set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Mural di Seksyen U12 Shah Alam dilukis awal bulan ini, dan sejak itu menjadi tular di media sosial.

Selain potret Seri Paduka, yang dilukis di dinding bangunan di sana, turut menjadi hiasan adalah potret Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut klip video pendek berkenaan mural yang diconteng itu dan dimuat naik di Twitter pagi ini, perkataan “babi” ditulis di antara potret Abdul Hadi dan Muhyiddin, dan bersebelahan gambar Al-Sultan Abdullah.

Sementara perkataan “bangsat” diconteng di tengah-tengah potret Dr Noor Hisham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu Sultan Selangor menyifatkan contengan kata-kata kesat pada lukisan mural

Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri serta pemimpin lain adalah sangat biadab.

"Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.

"Apatah lagi, baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya," titah baginda lagi.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau dapat tangkap orang2 ini, buang daerah selama 5 tahun. Kalau buat lagi buang kerakyatan.

    BalasPadam
  2. Jom kita pakat2 conteng pelaku yg merosakkan mural tu. Pemimpin2 politik sewajibnya bersatu hati mengutuk perbuatan khianat ini. Ketepikan sentimen politik seketika

    BalasPadam