Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PN akan 'tambah baik' Sosma, Akta Hasutan


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk "menambah baik" undang-undang keselamatan seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Dalam jawapan bertulis kepada Su Keong Siong (DAP-Kampar) di parlimen semalam, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata Sosma masih "relevan" untuk dikuatkuasakan.

"Kerajaan berpandangan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) [Security Offences (Special Measures) Act, SOSMA] 2012 masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang sedemikian bagi membanteras dan membendung ancaman-ancaman keselamatan seperti pengganas dan juga sindiket jenayah terancang.

"Kerajaan komited untuk menambah baik undang-undang keselamatan termasuk Sosma dan Akta Hasutan," kata Hamzah, sambil menambah kajian lebih terpeinci perlu dilaksanakan.

Jawapan it bertentangan dengan pendirian diambil kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini untuk menghapuskan Akta Hasutan dan Sosma. 

Bagaimanapun, perkara itu tidak dilakukan selama 22 bulan PH berkuasa.

Sasaran Sosma

Dalam jawapan bertulis yang berasingan bagi menjawab soalan Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) Hamzah menyenaraikan individu yang melakukan kesalahan yang menjurus kepada empat elemen berikut:

1. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

2. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

3. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam negara; dan

4. Mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Dalam soalannya, Ngeh bertanya siapakah yang dirujuk oleh kerajaan dalam mukadimah Sosma bahawa tindakan telah diambil terhadap sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia untuk menyebabkan keganasan terancang.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan