Header Ads

Header ADS

Kerajaan PN jamin tidak akan naikkan tarif air


KUALA LUMPUR -
Kerajaan memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air dalam situasi rakyat terbeban dengan keadaan ekonomi dan situasi pandemik koronavirus (Covid-19) yang belum berakhir, tegas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan akan menanggung kos itu bagi memastikan rakyat terus selesa berdepan situasi kritikal ketika ini.

"Saya ingin tegaskan bahawa dalam situasi rakyat berdepan dengan bebanan ekonomi yang teruk dan pandemik Covid-19 yang masih belum selesai dan tekanan bebanan hidup, saya ingin beri jaminan kerajaan tidak akan menaikkan tarif air dalam situasi rakyat masih terbeban ini.

"Kerajaan akan menanggung kos situasi susah sebagai kerajaan prihatin dengan tawaran (bantuan) pelbagai yang diberi, kita jamin rakyat tidak perlu risau dalam situasi kritikal ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, sama ada kerajaan dapat menjamin tarif air di Lembah Klang itu tidak naik selepas menyerahkan Loji Rawatan Air Langat 2 kepada Pengurusan Air Selangor. - Bernama

MR :  PN kerajaan rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ditanggung oleh kerajaan. Thank you.
    Memang itulah tugas kerajaan iaitu mengurus cukai dan pendapatan, dan bukannya mengambil untung dan agihkan kepada kroni.
    Zaman Tun M semua nak untung supaya dapat kaut keuntungan.
    Padahal dalam pemerintahan Islam, keuntungan jika ada, perlu diuruskan untuk menampung pembiayaan di sektor lain, dan membantu golongan berpendapatan rendah.
    Pemikir orang putih panggil konsep ini "Social Responsibility". Atau Tanggungjawab sosial. Islam dah ada konsep ni 1400 tahun lalu. Zakat, sedekah, korban semuanya adalah asas "Tanggungjawab sosial"

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.