Header Ads

ads header

Flash News

Mukhriz pura-pura tak tahu (anak bapak) ganti rugi RM1.5 bilion dituntut pembalak, kata MB


ALOR SETAR:
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bekas menteri besar tahu sepenuhnya ganti rugi RM1 bilion yang dituntut kira-kira 40 pemegang konsesi balak selepas hak pembalakan di hutan simpan kekal ditarik balik.

Beliau berkata demikian selepas bekas menteri besar, Mukhriz Mahathir mendakwa tidak tahu tuntutan berbilion ringgit yang belum dijelaskan kepada pemegang konsesi dan tidak pernah dengar tuntutan sedemikian ketika memegang jawatan itu.

Mukhriz berkata demikian selepas Sanusi mencadangkan pemberian hutan ganti kepada pemegang konsesi untuk membalak bagi mengelakkan bayaran tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 bilion kepada pembalak.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Hari ini, Sanusi berkata, jumlah ganti rugi itu kini meningkat kepada RM1.5 bilion yang perlu dibayar kepada 40 syarikat pembalakan memiliki 131 konsesi pembalakan daripada kerajaan negeri.

Katanya, keadaan ini timbul selepas kerajaan terdahulu memutuskan untuk menghentikan pembalakan di kawasan tertentu di Hutan Simpan Ulu Muda pada 30 Ogos 2018.

Beliau berkata, hak pembalakan kepada 40 syarikat itu diberikan untuk kawasan hutan seluas 22,098ha. Negeri itu sudah menerima premium RM107.5 juta daripada pemegang konsesi itu dengan RM79.5 juta belum dijelaskan.

Sanusi berkata, jumlah kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan ialah 107,197ha.

Katanya, untuk mengelakkan Kedah membayar ganti rugi RM1.5 bilion, Jabatan Perhutanan sudah menghantar cadangan menawarkan hutan ganti kepada syarikat itu bagi menjalankan aktiviti pembalakan.

“Saya tak kata saya sudah membuka kawasan pembalakan baru. Saya kata saya hanya mempertimbangkan pilihan ini.”

Bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, Mukhriz “berpura-pura” tidak tahu isu hak pembalakan sedangkan Jabatan Perhutanan memaklumkan Jawatankuasa Hasil Bumi dan Sumber Asli Kedah yang dipengerusikan Mukhriz sebagai pengerusi pada 5 Mei lalu.

“Mukhriz maklum mengenai semua hal tersebut, tetapi bersikap berpura-pura (tidak tahu mengenainya).

“Saya memimpin sebuah kerajaan yang mengendalikan isu ini sekarang. Saya tidak akan mengambil sikap menyapu masalah masuk bawah karpet, seolah-olah kerajaan saya ini tidak menghadapi apa-apa masalah.”

Beliau memuji tindakan Mukhriz mewartakan beberapa kawasan di Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air.

“Tetapi di dalamnya, ada kawasan yang diluluskan untuk pembalakan. Ia bukanlah kawasan hutan dara, tetapi ia adalah kawasan sudah kerja (KSK) lebih 30 tahun.

“Bukan (diluluskan) kerajaan 2 minggu ini. Ada orang menggambarkan seolah-olah kawasan-kawasan itu diluluskan kerajaan Perikatan Nasional, tidak.

“Ada yang telah lulus lebih 10 tahun dulu…ada 5 tahun, ada 6 tahun, ada 2 tahun. Jadi banyaklah kawasan itu.”

Sanusi kemudiannya menggunakan analogi petani malas bagi menggambarkan kepimpinan Mukhriz.

Katanya, seorang petani malas hanya akan menebas lorong yang dilaluinya dan mengabaikan baki kebunnya sehingga menyebabkan ia dipenuhi lalang.

Katanya, semak itu kemudiannya menjadi rumah kepada ular, kala jengking dan haiwan berbahaya lain yang akan membawa masalah kepada pemilik serta kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, Mukhriz kemudiannya akan kelihatan terkejut dengan masalah yang timbul.

“Bekas MB itu terus bertanya: ‘Bila masalah ini berlaku?’ Kalau duduk berulang balik Kuala Lumpur kerap sangat, tak dan baca surat kan?”

Dalam perkembangan lain, Sanusi turut meminta Mukhriz menyelesaikan isu kewangan Persatuan Bola Sepak Kedah, yang disifatkan “sakit” dari segi kewangan, sebelum meletak jawatan sebagai presidennya.

Katanya, di bawah kepimpinan Mukhriz, persatuan itu mengambil komitmen kewangan besar.

FMT cuba menghubungi Mukhriz untuk mendapatkan komennya.

MR :  Anak Mahathir, tipu buat tak tahu, salahkan orang lain biasalah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan