Header Ads

Header ADS

KKM pertimbang laksana semula kuarantin wajib


PUTRAJAYA –
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan kembali kuarantin wajib di hotel dan pusat terpilih seperti sebelum ini kepada rakyat Malaysia yang pulang dari negara yang berisiko tinggi penularan Covid-19.

Cadangan tersebut juga sedang dipertimbangkan untuk rakyat daripada luar negara namun tidak mempunyai persekitaran yang kondusif untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di rumah sendiri, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah.

“Sekarang kita melihat kepada kemungkinan untuk melakukan kuarantin di pusat kuarantin atau hotel untuk yang tidak mempunyai persekitaran yang kondusif di rumah untuk menjalani kuarantin. Kita melihat kemungkinan untuk melaksanakannya,” katanya ketika sidang media hari ini.

Meskipun polisi terkini adalah dengan mewajibkan kuarantin wajib di rumah sahaja bagaimanapun Hisham berkata, ia lebih penting untuk individu yang pulang ke Malaysia untuk membuat ujian saringan Covid-19 sekurang-kurangnya tiga hari sebelum penerbangan.

Ujian saringan di lapangan terbang setibanya rakyat Malaysia pulang ke tanah air juga akan dilakukan sekali lagi sekiranya ujian yang pertama dilakukan di luar negeri melebihi tiga hari.

“Polisi sekarang mereka akan disaring tiga hari sebelum berlepas balik ke negara, sebab sekurang-kurangnya kita akan dapat keputusan sama ada mereka positif atau sebaliknya sebelum menaiki pesawat jika tidak nanti kita perlu menjalani saringan kepada seluruh penumpang pesawat

“Itulah sebabnya, kepada yang pulang dari negara yang berisiko tinggi kepada jangkitan kita akan lihat, jika saringan yang dibuat melebihi tiga hari sebelum pulang, kita akan buat saringan selepas sahaja mereka tiba di KLIA sebagai contoh KKM gunakan Rapid Test Kit Antigen (RTK),” jelas beliau.

Terdahulu beliau ditanya adakah mempertimbangkan untuk kembali membuat kuarantin wajib di hotel bagi yang rakyat Malaysia pulang dari negara luar termasuk dari kawasan yang berisiko tinggi untuk jangkitan.-MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.