Header Ads

ads header

Flash News

Konon nak hapus Rasuah, benteras Kleptokrasi, Tapi pelik Indeks Rasuah lebih baik zaman PN drp Zaman PH


Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan agenda membasmi gejala rasuah yang telah dipelopori oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan agensi-agensi lain sebelum ini kata Azmin.

Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau percaya, indeks rasuah di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memberikan keputusan yang lebih positif.

“Sebagai sebuah kerajaan itulah komitmen kepada rakyat,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan sijil Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 370001:2016 di kementeriannya hari ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjadi kementerian pertama di bawah kategori kementerian berisiko sederhana yang berjaya menerima pensijilan tersebut.

Pensijilan antarabangsa ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah itu diperkenalkan International Organisation for Standardisation (ISO) yang beribu pejabat di Geneva dengan tujuan untuk menyediakan kawalan berkesan bagi mengelak, mengesan dan bertindak dengan cepat terhadap pelakuan rasuah selain mempromosi budaya berintergriti, telus dan pematuhan undang-undang.

MITI dalam kenyataannya berkata, pensijilan tersebut amat penting kepada kementerian untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan.

Tangkapan dadah, PATI dll yang menlibatkan orang dalam dan pegawai tinggi meningkat zaman PN berbanding zaman PH. Indeks Rasuah lebih baik zaman PN drp Zaman PH walaupun baharu beberapa bulan memerintah.

MR :  PH cakap lebih, teori banyak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan