Header Ads

ads header

Flash News

KPKT akur jika Putrajaya putus tidak laksana pilihan raya PBT, kata Zuraida

PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, kementeriannya akan akur jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan (PBT).

“Saya akur sekiranya kerajaan buat keputusan untuk tidak mengadakannya. Saya akur, tetapi untuk masa hadapan mungkin ada keperluannya,” katanya ketika ditemui di Ampang, hari ini.

Zuraida berkata, beliau mengalu-alukan pandangan pelbagai pihak berhubung hasrat pelaksanaan pilihan raya itu, susulan kritikan ahli Parlimen PN terhadapnya sebelum ini berhubung isu tersebut.

“Saya mengalu-alukan apa yang mereka mahu katakan. Saya tidak boleh hentikan mereka daripada berkata apa-apa. Bagaimanapun, ada tanggungjawab untuk kita pastikan apakah harapan di sebalik pelaksanaan pilihan raya PBT,” katanya.

Di Dewan Rakyat sebelum ini, beberapa ahli Parlimen PN membantah hasrat melaksanakan pilihan raya PBT.

Antaranya ia disuarakan ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar yang kecewa dengan kenyataan Zuraida sebelum itu.

Noh turut meminta Zuraida melupakan manifesto yang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung pilihan raya PBT hendaklah dibuat oleh Kabinet dan perlu mengambil kira perasaan anggota komponen PN yang lain.

Zuraida sebelum ini dilaporkan berkata, kementeriannya menyasarkan untuk membawa usul berhubung pilihan raya PBT ke Dewan Rakyat pada pertengahan 2021.

Beliau berkata, sejak 2018 kementeriannya menyediakan kertas Kabinet dan menubuhkan 2 jawatankuasa berhubung perkara itu.

Katanya, pilihan raya PBT dijangka menelan belanja keseluruhan sebanyak RM308 juta bagi 154 PBT di seluruh negara atau RM2 juta setiap satu.

Beliau berkata, ketika berada dalam Kabinet PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri itu tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pilihan raya PBT.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan