Header Ads

ads header

Flash News

PRK Slim: Bersatu akan saman pihak guna logo parti itu

LARUT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan lambang atau logo parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mana-mana pihak yang mahu menggunakan logo parti itu pada PRK berkenaan perlu mendapat tauliah daripada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terlebih dahulu.

“Semalam, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Bersatu negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengumumkan kita sokong calon dari Barisan Nasional (BN), jadi kalau ada calon-calon lain, mereka sama ada dari parti lain atau calon Bebas.

“Kalau Bersatu, kita tidak akan bertanding di Slim, kalau orang itu menggunakan lambang Bersatu kita akan saman mereka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menteri di Kementerian Dalam Negeri Bersama Anggota Rela Larut Matang dan Selama di Felda Ijok di sini hari ini.

Semalam, satu portal berita melaporkan bekas pemimpin Bersatu yang menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad  akan bertanding pada PRK DUN Slim pada 29 Ogos depan.

Bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dilaporkan berkata, pihaknya akan meletakkan calon untuk menentang calon Perikatan Nasional (PN) dengan mendakwa keputusan tersebut dibuat selepas seorang ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan bahawa tidak akan bertanding pada PRK tersebut.

 Marzuki dipetik berkata, ‘Bersatu Blackout’ akan bertanding DUN Slim selepas dikatakan PH akan menarik diri daripada bertanding di situ.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pihaknya akan memastikan tindakan tegas diambil bukan sahaja kepada calon yang menggunakan logo parti itu tetapi juga kepada pencadang dan penyokong calon tersebut.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: