Header Ads

ads header

Flash News

Laungan 'hidup Bossku' bergema di Mahkamah Jalan Duta


KUALA LUMPUR -
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Lebih 100 penyokong tegar beliau yang memakai baju T merah dan biru tertera perkataan 'Bossku' tidak berganjak dari pintu pagar walaupun tidak dapat masuk ke pekarangan lobi mahkamah.

Turut kelihatan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib hari ini hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan sama ada beliau disabitkan atau dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Terdahulu, puluhan penyokong mengiringi Najib sebelum pemimpin itu masuk ke mahkamah.


Laungan 'hidup Bossku' dan 'kita sayang Bossku' bergema di pekarangan luar mahkamah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa anggota polis turut ditempatkan di sekitar kawasan kompleks itu bagi mengawal aliran trafik dan situasi semasa.

Hanya beberapa pengamal media yang mempunyai pas khas dibenarkan masuk untuk menghadkan jumlah wartawan dan jurufoto membuat liputan selari dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri keenam dari 2009 hingga 2018 ialah ketua negara Malaysia yang pertama dihadapkan ke mahkamah.

Perbicaraan yang bermula 3 April tahun lalu dengan pihak pendakwaan memanggil 57 saksi untuk memberi keterangan.

Dalam perbicaraan itu, pihak pendakwaan mengemukakan lebih 750 eksibit atau barang kes termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank Najib, dokumen transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan di Blackberry Messenger berhubung transaksi akaun Najib.

MR :  Keputusan baik atau buruk semuanya buruk untuk PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan