Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan dicadang gantung pengurusan tertinggi TH


KUALA LUMPUR
: Kerajaan diminta menggantung pengurusan tertinggi Tabung Haji sehinggalah satu penyelesaian yang muktamad dapat mengesahkan pihak benar dan salah dalam isu institusi milik umat Islam itu.

Dato’ Sri Hasan Arifin (BN-Rompin) berkata, Tabung Haji amat penting kepada umat Islam dalam negara ini dan sehingga satu audit diadakan, maka kerajaan dimohon memberi satu taklimat berhubung situasi semasanya.

Beliau mengajukan demikian ketika berucap membahaskan Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini sebentar tadi.

“Seperti yang saya katakan tadi, kepada umat Islam dalam negara kita ini, percayalah yakin bahawa Tabung Haji dalam keadaan di bawah kawalan kerajaan. Akta Tabung Haji digubal sedemikian rupa, di mana dia bukan di bawah BAFIA.

“Tabung Haji di bawah undang-undangnya tersendiri, di mana kuasa-kuasa terletak kepada Menteri dan Parlimen ini sendiri yang menggubal undang-undang itu dan saya minta pengurusan tertinggi Tabung Haji digantung sehinggalah selesai penyiasatan yang terperinci dilakukan,” ujarnya.

Cadangan tersebut dilihat sedikit meredakan perbahasan panas antara pihak kerajaan dan pembangkang mengenai isu Tabung Haji sepanjang minggu lalu. – HARAKAHDAILY 27/7/2020

MR :  Buat RCI


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan