Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah putus permohonan ketepi saman Dr M terhadap Muhyiddin 7 Ogos


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos keputusan permohonan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain.

Hakim Rohani Ismail membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan oleh pihak-pihak dalam sesi kamar, yang berlangsung dari pagi hingga tengah hari ini.

Muhyiddin dan tiga yang lain itu berusaha untuk mengetepikan cabaran undang-undang terhadap pemecatan Mahathir dan empat yang lain daripada Bersatu.

Tiga yang lain itu ialah Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, setiausaha penganjur Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya, dan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Masyati Abang Ibrahim.

Muhyiddin dan ketiga-tiga tokoh itu merupakan defendan yang disebut dalam tuntutan oleh pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Mahathir dan empat plaintif lain.

Empat plaintif yang lain ialah timbalan presiden parti yang dipertikaikan Mukhriz Mahathir, setiausaha agung yang dipertikaikan Marzuki Yahya, serta anggota majlis tertinggiyang dipertikaikan Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.

Mahathir dan plaintif lain mengemukan saman atas tuduhan pemecatan mereka yang salah.

Peguam Rosli Dahlan (gambar, bawah) mengesahkan hasil prosiding dalam kamar ketika ditemui media petang ini. Beliau mewakili Muhyiddin dan tiga yang lain itu.

Rosli menjelaskan mahkamah hari ini tidak hanya mendengar permohonan defendan untuk mengetepikan keseluruhan saman itu, tetapi juga permohonan interlokutori lain oleh kedua-dua pihak.

Beliau merujuk kepada permohonan defendan untuk menggugurkan Bersatu dan Masyati sebagai plaintif dan defendan dalam saman tersebut.

Beliau juga merujuk kepada permohonan oleh Mahathir dan plaintif lain untuk perintah sementara bagi mempertahankan status-quo antara pihak-pihak terlibat, sementara menunggu pembatalan saman utama.

"Mahkamah mendengar permohonan tersebut bersama-sama, dan telah menetapkan 7 Ogos untuk memutuskan mengenai hal itu," kata Rosli.

Beliau turut berkata antara undang-undang yang dirujuk oleh defendan untuk membatalkan keseluruhan saman adalah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 18C menyatakan keputusan parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, atau oleh perlembagaan atau peraturan atau peraturan yang dibuat, adalah muktamad dan konklusif, dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau menentukan apa-apa saman, permohonan, persoalan atau prosiding atas apa-apa alasan mengenai kesahihan keputusan itu.

Sementara itu, ketika ditemui selepas prosiding, peguam plaintif Mohamed Haniff Khatri Abdulla (gambar, atas) mengesahkan hasil prosiding hari ini dan tarikh keputusan mengenai permohonan defendan mengetepikan saman itu serta permohonan interlokutori lain oleh kedua-dua pihak.

Haniff menjelaskan sekiranya mahkamah pada 7 Ogos memutuskan untuk menolak permohonan defendan mengetepikan saan, mahkamah juga akan memberikan keputusan pada tarikh tersebut sama ada untuk mengabulkan permohonan plaintif untuk perintah sementara bagi mengekalkan status-quo antara pihak-pihak dalam pertikaian.

"Kami meminta perintah sementara untuk memastikan defendan tidak melakukan tindakan dan kelakuan untuk memprejudiskan kedudukan pihak plaintif dan pihak (Bersatu)," kata Haniff.

Pada 12 Jun, dilaporkan Mahathir dan plaintif lain telah memfailkan permohonan perintah sementara untuk mengekalkan status-quo antara pihak-pihak, manakala menunggu pembatalan saman utama.

Sementara itu, Haniff juga mengesahkan ketua pemuda Bersatu yang dipertikaikan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menarik diri sebagai plaintif daripada saman utama bermula hari ini dan seterusnya serta mahkamah telah diberitahu mengenai perkara berkenaan hari ini.

Pada 7 Julai, dilaporkan Syed Saddiq, melalui suatu kenyataan, mendedahkan bekas menteri belia dan sukan itu tidak akan menangguhkan usaha untuk mengeluarkannya daripada Bersatu dan disebabkan itu, akan membatalkan cabaran undang-undang terhadap penyingkirannya.

Ketika bercakap dengan Malaysiakini semalam, Haniff mengesahkan Syed Saddiq telah berbincang dengan peguam itu mengenai niatnya ntuk menarik diri daripada tindakan undang-undang itu.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan