Header Ads

ads header

Flash News

Wee Ka Siong bidas Anthony Loke berkenaan jajaran ECRL


Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menjawab kenyataan pendahulunya Anthony Loke, bahawa cadangan mengembalikan semula jajaran asal Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertujuan mengenepikan Negeri Sembilan.

"Saya menghormati pendirian Anthony Loke. Tetapi saya juga ada beberapa perkara penting untuk menjelaskan berhubung projek infra rakyat ini, ”kata Wee dalam catatan panjang di Facebook hari ini.

"Anthony Loke kata jajaran baru akan memberi tempias pembangunan kepada 5 negeri. Kalau melalui jajaran asal empat negeri dan daerah-daerah berkaitan pun turut dapat nikmat pembangunan.

"Bezanya cuma tidak melalui Negeri Sembilan sahaja," katanya dalam satu catatan panjang di Facebook.

Selain itu, Wee berkata exco Negeri Sembilan Teo Kok Seong turut mendakwa beliau tidak mengambil kira kepentingan Negeri Sembilan dan menyokong jajaran asal selepas dicadangkan oleh Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Sedangkan beliau berkata Negeri Sembilan tidak diabaikan kerana projek High Speed Rail (HSR) Singapura-Malaysia bakal dihidupkan semula oleh kerajaan PN dan projek keretapi Klang Valley Double Tracking fasa 2 (KVDT2) yang sedang dalam pembinaan juga akan merentasi negeri itu.

"Hakikatnya, setiap yang kita lakukan sepatutnya bersandarkan kepada realiti dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara secara menyeluruh. 

"Bukannya dibuat atau diubah sesuka hati," katanya.

Mengikut jajaran asal yang dicadangkan BN, ECRL akan melalui Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum memasuki Selangor dari utara melalui Gombak dan menuju ke Serendah dan Pelabuhan Klang.

'Bilangan penumpang jajaran asal lebih dinamik'

Wee berkata, berdasarkan kajian pakar perunding, bilangan penumpang yang berpotensi (Ridership) menggunakan perkhidmatan bagi laluan Mentakab, Bentong dan Gombak adalah lebih dinamik berbanding Kuala Klawang, Nilai dan Putrajaya.

"Perlu lihat “viability” projek ECRL yang bergantung 30 peratus kepada penumpang dan 70 peratus kargo," kata Wee.

Beliau juga menegaskan bahawa jajaran asal ECRL akan bersambung ke Westport dan Northport di Pelabuhan Klang berbanding jajaran baru di bawah PH yang hanya bersambung dengan Westport. 

Wee juga berkata dakwaan PH bahawa sebanyak RM21.5 bilion akan dapat dijimatkan berbanding jajaran asal bukanlah perbandingan yang wajar kerana penjimatan itu disebabkan skop kerja yang dikecilkan.

"Ia berbeza dengan konsep penjimatan di mana “harga menurun manakala skop kerja dikekalkan”.

"Apa yang diperkatakan oleh PH selama ini iaitu penjimatan RM21.5 bilion berbanding skop kerja asal ECRL adalah tidak tepat.

"Setelah disemak secara mendalam, saya dapat mengesahkan bahawa kadar unit kos (unit rate for costing) pembinaan sama ada struktur jejambat (elevated), “at-grade” atau terowong yang digunakan oleh kontraktor projek ECRL tidak pernah berubah atau dikurangkan meskipun jajaran baru dicadangkan oleh PH," jelasnya.

Beliau juga meminta Loke untuk bersabar sehingga projek itu disiapkan bagi membuat perbandingan kos yang adil berdasarkan kuantiti kerja dan jarak.

Wee juga mengulas dakwaan Anthony Loke bahawa jajaran yang dicadangkan PH dapat mengelak pembinaan terowong sepanjang 18km merentasi Banjaran Titiwangsa di Genting.

Sebagai alternatif, ECRL yang dicadangkan kerajaan PH sebelum ini akan melalui arah selatan ke Kuala Klawang di Negeri Sembilan sebelum memasuki Selangor.

"Tetapi kenapa pula Anthony Loke tidak mendedahkan bahawa di bawah perjanjian tambahan (supplemental agreement no.5) SA5, masih terdapat pembinaan terowong-terowong lain bagi merentasi Banjaran Titiwangsa di Kuala Klawang?

"Selain itu, di dalam perjanjian SA5 yang sama, terdapat peruntukan untuk semak semula kuantiti terowong atau jejambat dengan penambahan sehingga 41km.

"Ini menjadikan kos pembinaan ECRL lebih dari RM46 bilion, bukannya RM44 bilion seperti yang pernah diumumkan oleh (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin," katanya.

'Permatang Kuarza tidak akan rosak'

Selain itu kata Wee, terdapat kos-kos lain yang tidak dimaklumkan PH kepada umum.

"Contohnya kos pembatalan, “abandonment” dan penangguhan projek disebabkan perubahan jajaran kepada jajaran baharu melalui Negeri Sembilan dan Putrajaya dan penjajaran semula seksyen dari Kota Bharu ke Dungun telah dituntut oleh pihak kontraktor melebihi RM1 billion," jelasnya.

Beliau berkata Anthony Loke juga mendakwa Permatang Kuarza Klang Gate bakal dimusnahkan sekiranya jajaran asal dibina.

"Kenapa tidak menilai opsyen yang disediakan oleh kontraktor yang mana permatang kuarza Gombak dapat dielakkan dan diselamatkan?

"Cadangan ini sudah lama diketengahkan, saya juga hairan kenapa mantan Menteri Pengangkutan Anthony tidak pernah mengambil tahu perkara ini?

"Saya nak beritahu Anthony bahawa semua opsyen penyelesaian yang dikemukakan kepada kerajaan Selangor pasti tidak merosakkan permatang kuarza Gombak. Kalau tidak percaya, boleh semak dengan MRL," katanya.


MR :  Nampak PH sebelum ini memberikan maklumat salah kepada rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan