Proton Saga Anniversary Edition Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke-35
Tanggal 9 Julai 1985, Malaysia memasuki era baru apabila menjadi sebuah lagi negara yang mampu mengeluarkan kereta buatan tempatan. Pagi ini tepat jam 10:35 pagi, Proton Saga Anniversary Edition telahpun dilancarkan.
Proton
Saga Anniversary Edition ini ditawarkan dalam warna hitam Quarts Black
dengan kemasan kuning pada kit tubuh dan hiasan dalaman. Ini ialah warna
baharu yang tidak ditawarkan untuk siri Saga sebelum ini.
Ia
menawarkan kesemua ciri premium yang ditawarkan pada Saga Premium AT
sebelum ini. Antara yang ditawarkan ialah roda aloi, sistem infohibur
skrin sesentuh 7″, sambungan kepada telefon pintar, ABS, TCS, beg udara
hadapan, kamera mengundur, immobiliser dan penapis udara N95.
Enjin adalah sebesar 1.3 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Sebanyak 1100 unit Proton Saga Anniversary Edition akan dihasillan dengan setiap satunya dijual pada harga RM39,800.
Sumber Rujukan: Proton
AMANZ
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan