Header Ads

Header ADS

Mat Sabu digesa tarik balik kenyataan Nabi Muhammad jadi pelarian


KUALA LUMPUR:
Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menarik balik kenyataannya bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.

Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.

“Sebut (Nabi) Muhammad sebagai pelarian sedikit bermasalah dari sudut tafsiran dan definisi.

“Ini kerana (Nabi) Muhammad bukan pelarian, tetapi berhijrah ke Madinah kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan dilantik menjadi pemimpin Madinah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon berkata, Mohamad tidak berada di dalam Dewan Rakyat dan meminta Fadhli menulis surat bagi mengemukakan usul itu.

Sebelum itu, Mohamad mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya di Dewan Rakyat. - FMT


MR :  Bila keluar PAS Mat Sabu kata dia tak waras, orang giler kata apa pun tak berdosa kan?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Masyaallah!!

    Apa dah jadi ni.

    Benarlah kata mat sabu dulu.
    "sekiranya saya keluar dari PAS maka jng ikut saya kerana waktu itu saya sudah gila."

    .....masyaallah!!! ALLAH perlihatkan kita terang dan jelas!!

    .....buatlah pilihan wahai pengundi Kota Raja pada PRU15 ini.

    Masyaallah!!
    Masyaallah!!
    Masyaallah!!
    .....lidah yg rakus dng nafsu serakah sehingga sanggup menghina nabi.

    ..."nabi pun mungkir janji..."khalid samad.

    ...."nabi jadi pelarian" mat sabu.

    Masyaallah
    Masyaallah
    Masyaallah...

    ...hinanya nabi disisi kamu berdua!!

    Bertaubatlah!!!

    Selagi ada nyawa kamu.!!!

    Masyaallah
    Masyaallah
    Masyaallah

    BalasPadam
  2. Siapakah pemimpin pandap 'bala seluruh alam' yang telah menghina Tuhan konon dia lebih bijak dari Tuhan ?

    Inilah akibatnya apabila pemimpin pandap mengkhianati perjuangan Islam dan bersekongkol dengan parti kafir harbi roket.

    BalasPadam
  3. Babi ko mat sabu
    Ko dh gle mat sabu
    Ko btol2 macai dap
    Ko mmg haram jadah sabu
    Ko memang bodoh x boleh di ajo sabu,,,
    Ko dh boleh masuk tanjong rambutan
    Btol la ape yg ko ckp,,klu ko kuar pas ko mmg btol2 dh gle babi...
    Humban sabu taik nie dlm longkang pru 15 niee,,,
    Puihhh sabu bodoh

    BalasPadam
  4. Terlampau taksud sangat-sangat dg DAP hilang akidah islam, INGATLAH RAKYAT MELAYU BERAGAMA ISLAM.jangan hilang pedoman hidup kita dengan d a p.

    BalasPadam
  5. Matlamat Untuk Berkuasa Semula ... Tidak Menghalalkan Cara Menyamakan Nabi Muhammad s.a.w Sebagai Pelarian

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.